Bolehkah pemandu elak langgar kucing di jalan gelap berbukit?
Bolehkah pemandu elak langgar kucing di jalan gelap berbukit?
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail, mempersoalkan sama ada seorang pemandu kereta yang sempurna boleh mengelak daripada melanggar kucing atau kura-kura di jalan gelap berbukit dan berselekoh.
Hadhariah menegaskan perkara itu sebelum panel tiga hakim diketuainya melepas dan membebaskan kerani, Sam Ke Ting, 28, atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017.
Beliau berkata, Ke Ting memaklumkan tidak mengetahui ada aktiviti basikal lajak itu.
“Memang bawa (memandu) kereta tengok depan tetapi jalan itu berbukit, laluan kereta mendaki bukit, jalan berselekoh dan gelap sebab lampu jalan ditutupi pokok. Ada 30, 40 basikal depan (kereta Ke Ting) bukan?
“Boleh tunjuk mana undang-undang mengatakan kalau dia (Ke Ting) tidak tahu, tak nampak (basikal lajak) sebab jalan berselekoh, terlindung adalah salah.
“Kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) tak salah kerana jam 3.20 pagi (masa kejadian) waktu orang tidur dan kenderaan tak banyak atas jalan.
“Dia tak nampak sebab jalan terlindung dan kemalangan berlaku dalam sekelip mata, tiada masa untuk berfikir,” katanya.
Hadhariah yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah, membuat keputusan sebulat suara, sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting.
Pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar turut memerintahkan Ke Ting menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun sama, yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan Ke Ting daripada pertuduhan berkenaan.
Berdasarkan pertuduhan, Ke Ting didakwa melakukan kesalahan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada jam 3.20 pagi 18 Februari 2017.
Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin,16.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, selain lesen memandu digantung jika sabit kesalahan.
Hadhariah berkata, pendakwaan memaklumkan kereta itu dipandu laju tanpa mengambil kira apa yang berada di hadapan sebelum melanggar remaja terbabit.
Katanya, Ke Ting dikatakan bersalah 100 peratus kerana menyebabkan kematian remaja akibat pemanduan merbahaya.
“Itu kes pendakwaan sebab itu kita nak tengok dan pertimbangkan yang mana yang betul dari segi undang undang.
“Pendakwaan memihak kepada (penunggang) basikal lajak yang semuanya baik.
“Pemandu kereta 100 peratus salah sebab langgar mati lapan orang sedangkan keterangan dalam nota bicara yang saya baca, hanya dua basikal dilanggar kereta.
“Kereta tidak langgar lapan basikal. Boleh buat pemeriksaan, saya periksa nota keterangan. Saya tidak bergantung kepada hujahan semata-mata,” katanya. BH
Bolehkah pemandu elak langgar kucing di jalan gelap berbukit?
Baca Artikel Menarik:
- Kalau setakat Annuar Musa buka kejutan pun
- MP Besut pertahan tindakan rasmi mesin ATM biar kena kecam
- Farid Kamil tidak mahu bercerai, kemuka tawaran baru untuk pujuk Diana
- Kementerian Pendidikan umum cuti sekolah khas 19 April sempena Aidilfitri
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Imam ditikam ketika solat subuh
- Ibu Syamsul luah kesedihan
- Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun hampir selesai
- Najmil mohon maaf kepada Hannah
- Askar hilang di Hutan Simpan Belum
- Isteri dirantai seperti anjing selama 4 tahun
- Imej hantu budak dalam jengkaut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan