Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara

Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mendakwa ada usaha terancang menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Norizan Khazali untuk mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu kerana gerakan berkenaan belum menjadi realiti.

“Saya bercakap sebelum benda ini berlaku dan saya tak boleh biarkan perkara seperti ini berlaku. Kalau orang minta bukti memanglah tiada sebab gerakan ini belum menjadi realiti,” katanya menurut Berita Harian.

Menurut Sanusi, tindakan itu bertentangan dengan konvensyen Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan perdana menteri diurus selia menteri kewangan dan dianggotai Jemaah Menteri serta wakil negeri iaitu dalam kalangan menteri besar atau ketua menteri.

Sanusi turut mendakwa gerakan itu dibuat kerana kelantangannya mengkritik kerajaan persekutuan dan wujud usaha melobi Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Badlishah bagi tujuan demikian.

Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Antara peranan majlis itu adalah menasihati berhubung pengurusan kewangan kerajaan pusat dan negeri selain pembahagian hasil cukai serta royalti. FMT

Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker