Program Ekonomi MADANI ATM Fokus Pembangunan Sosio-Ekonomi Keluarga Tentera
Program Ekonomi MADANI ATM Fokus Pembangunan Sosio-Ekonomi Keluarga Tentera

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diperkasa pada tahun ini dengan peruntukan hampir RM10 juta.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata ia melibatkan penyertaan 2,235 warga Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) serta pelaksanaan 60 projek tambahan di 90 kem ATM seluruh negara.
“Selama ini, pendekatan kesejahteraan kehidupan anggota lebih bersifat konvensional seperti kebajikan, pendidikan dan kesihatan.
“Melalui program ini, kita memperluaskan usaha tersebut kepada pembangunan sosio-ekonomi dan peningkatan upaya keluarga anggota ATM. Sebelum ini program melibatkan 60 kem dengan 1,265 warga BAKAT.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
“Pada tahun 2026, dengan peruntukan hampir RM10 juta, kita akan meningkatkan penyertaan kepada 2,235 orang warga BAKAT dengan 60 projek tambahan di 90 buah kem ATM,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Ekonomi MADANI ATM di Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) Kem Batu 3, Kluang, Johor.

Sementara itu beliau berkata penglibatan syarikat di bawah LTAT seperti Boustead Plantations Berhad (BPlant) membantu memastikan projek yang dilaksanakan mempunyai kesinambungan dan jaminan pasaran.
Malah menurutnya sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat, 50 peratus kos projek madu kelulut ditanggung oleh pihak BPlant.
“Semua program yang diusahakan juga dilaksanakan bersama institusi pendidikan tinggi supaya ilmu dan hasil penyelidikan universiti benar-benar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
“Insya-Allah, program ini dapat benar-benar menterjemahkan matlamat Ekonomi MADANI melalui keadilan sosial, inovasi dan usaha melahirkan warga yang lebih berdaya saing demi kesejahteraan keluarga ATM serta masyarakat yang lebih sejahtera dan inklusif,” ujar beliau. – UMNO Online
Program Ekonomi MADANI ATM Fokus Pembangunan Sosio-Ekonomi Keluarga Tentera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
You must be logged in to post a comment.