Azalina tak boleh dipersalah dedah perincian siasatan Nazlan

Azalina tak boleh dipersalah dedah perincian siasatan Nazlan

Veteran Umno Shahrir Samad mempertahankan Azalina Othman Said susulan pendedahan maklumat berhubung siasatan terhadap Hakim Nazlan Ghazali di Dewan Rakyat.

Shahrir berkata, menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) tidak melakukan “sebarang kesalahan” ketika mendedahkan perincian siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan Nazlan, susulan dakwaan Ahli Parlimen Selayang William Leong, yang menyatakan Azalina melakukan penghinaan mahkamah.



“Jawapan beliau di Parlimen sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 Feb yang mana SPRM dan peguam negara perlu mengikuti protokol memohon kebenaran daripada ketua hakim negara sebelum siasatan terhadap hakim sedang berkhidmat.

“Jadi, bagaimana Azalina dikatakan menghina mahkamah terhadap keputusan yang belum lagi dibuat,” katanya dalam kenyataan.

Pada 23 Feb, Azalina memberitahu Dewan Rakyat mengenai laporan SPRM, berkait siasatan terhadap dakwaan Nazlan melanggar Kod Etika Hakim 2009 ketika mengetuai perbicaraan Najib Razak dalam kes rasuah SRC di Mahkamah Tinggi, sudah dihantar kepada ketua hakim negara.

Azalina berkata, beliau menerima surat daripada SPRM bahawa agensi itu sudah menghantar laporan siasatan kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 21 Feb.



Pada 24 Feb, tujuh panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tengku Maimun memutuskan SPRM tidak mengikut protokol ketika melakukan siasatan terhadap Nazlan.

Mahkamah tertinggi itu berkata, badan siasatan seperti SPRM mesti berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim. Kegagalan berbuat demikian menunjukkan “kurangnya bona fide di pihak mereka”.

Shahrir berkata, dakwaan Leong bahawa Azalina melakukan penghinaan mahkamah tidak mempunyai merit dan mempersoal mengapa Ahli Parlimen kerajaan secara “terbuka melemparkan tuduhan palsu” terhadap menterinya sendiri.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru enam penggal itu mendakwa, ramai “tidak senang” dengan protokol dinyatakan Tengku Maimun seolah-olah mencadangkan hakim berada di atas undang-undang.



“Masalahnya adalah protokol ini tidak pernah wujud sebelum ini, seperti sudah disahkan bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad, yang mengkritik keras keputusan Mahkamah Persekutuan dan menyatakan badan kehakiman melampaui kuasa eksekutif untuk menggubal undang-undang baharu,” katanya. FMT

Azalina tak boleh dipersalah dedah perincian siasatan Nazlan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker