Nelayan jumpa mayat lelaki di Tanjung Dahan

Nelayan jumpa mayat lelaki di Tanjung Dahan

Alor Gajah: Nelayan yang sedang menangkap ikan di perairan Tanjung Dahan, di sini, gempar apabila menemui mayat lelaki dewasa terapung, dalam kejadian petang tadi.

Penemuan mayat tanpa pengenalan diri itu kemudian dimaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.



Pengarah Maritim Melaka/Negeri Sembilan Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, berdasarkan maklumat daripada nelayan mayat itu dijumpai kira-kira jam 2.45 petang di kedudukan lima batu nautika barat daya Tanjung Dahan.

“Susulan itu seramai enam anggota bergegas ke lokasi dimaklumkan dan menemui mayat lelaki tanpa baju yang hanya berseluar panjang berwarna hitam.

“Pemeriksaan ke atas mayat terbabit yang juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Menurut beliau, mayat itu kemudian dibawa balik ke jeti Maritim dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu mengesahkan penemuan mayat yang dianggarkan berusia 50-an terbabit.

“Berdasarkan keadaan mayat itu, polis percaya ia sudah berada di air lebih daripada 24 jam.

“Usaha mengesan identiti dan warisnya akan dilakukan selain proses bedah siasat akan dijalankan bagi mendapatkan punca kematian,” katanya. HM

Nelayan jumpa mayat lelaki di Tanjung Dahan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker