Wanita hamil maut ditikam 40 kali oleh teman lelaki

 

Seorang lelaki di Britain mengaku bersalah menikam teman wanitanya yang sedang hamil dengan menggunakan sebilah gunting sehingga mati, lapor akhbar Mirror UK.

Ailish Walsh, 28, hamil 22 minggu ketika dia ditikam sebanyak 40 kali oleh Liam Taylor. Dia disahkan meninggal dunia selepas ditemui polis di pangsapurinya di London Timur pada 15 Disember 2022.



“Ailish adalah seorang wanita muda yang cantik dan menakjubkan, berusia 28 tahun, memiliki empat anak kecil dan bayi dalam kandungan,” kata rakan Walsh, Teresa Cannon.

Pada perbicaraan awal, pendakwa raya, Jane Osborne berkata: “Serangan itu amat kejam dan dilakukan ketika Ailish diketahui mengandungkan anak defendan (Liam).”

Bapa Ailish dilaporkan menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri ketika kejadian.

Mayatnya pula ditutup dengan jaket manakala kad bank defendan turut berada di dalam poketnya. Sebilah gunting berlumuran darah turut ditemui di lokasi pembunuhan termasuk dua dumbel



Kamera televisyen litar tertutup (CCTV) turut merakam Liam masuk melalui pintu ke bangunan itu.  Dia kemudian ditahan keesokan harinya.

Pada Isnin lalu, Liam mengaku bersalah atas pembunuhan Ailish semasa perbicaraan di Old Bailey. Penetapan hukuman terhadap lelaki itu akan berlangsung pada 10 Mei depan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker