Tubuh RCI demi keadilan Najib – Pemuda Umno desak kerajaan

Tubuh RCI demi keadilan Najib – Pemuda Umno desak kerajaan

Pemuda Umno mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketua pemudanya, Muhamad Akmal Saleh berkata, RCI itu bertujuan memastikan keadilan dapat dilaksanakan dan dijalankan sebaik mungkin terhadap kes dihadapi Najib.



Jelasnya lagi, ia susulan kenyataan dikeluarkan salah seorang hakim, ia seolah-olah keadilan untuk Najib telah dinafikan.

“Jadi, kami mohon agar RCI dapat ditubuhkan. Kami tidak mahu mohon menggunakan pengampunan, ini juga Najib tidak mahu kami buat. Beliau konsisten mahu keadilan dapat dicapai.

“Keadilan ini cara terakhir yang kami nampak. Kami mohon agar kerajaan dengar desakan kami,” katanya menurut Sinar Harian.

Pada 31 Mac, media melaporkan hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Najib dibenarkan dan berpendapat, adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.



Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, peguam Najib dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana dinyatakan oleh beliau bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian selepas mengambil kes itu pada saat-saat akhir.

Tambah Akmal, desakan untuk penubuhan RCI tersebut juga akan dihantar kepada perdana menteri dan Jemaah Menteri.

“Ia agar keadilan bagi Najib dapat ditegakkan bersama. Kami nak minta keadilan mesti ditegakkan terlebih dahulu sebelum minta pengampunan raja,” ujarnya. FMT

Tubuh RCI demi keadilan Najib – Pemuda Umno desak kerajaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker