Ziana maafkan bekas suami

Ziana sudah lama memaafkan Armin, meskipun ada memori tidak boleh lenyap daripada ingatan.

Ziana maafkan bekas suami

Penyanyi popular, Ziana Zain, 55, tidak menyimpan dendam atau marah terhadap bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 58, selepas lima tahun kemelut rumah tangga berlalu.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain berkata, dia juga tidak sesekali memisahkannya dengan anak-anak. Ini kerana Armin tetap bapa kepada empat cahaya mata mereka.



“Dengan saya, kami sudah tiada apa-apa, jadi hubungan dengan anak-anak sahajalah. Setiap minggu, saya selalu tanya anak-anak sama ada mereka menghubungi Armin.

“Ini kerana apa pun terjadi, Armin tetap ayah mereka. Mereka selalu berjumpa dengan Armin.

“Saya memang tiada halangan. Cuba halang berjumpa anak-anak, mestilah kita marah. Jadi, tak baik, berdosa,” katanya kepada BH Online.

Kata Ziana, ia kerana niatnya tidak mahu anak-anak membesar sebagai anak derhaka pada orang tua.



“Saya tak mahu anak-anak saya derhaka kepada ibu bapa. Kita ini contoh pada mereka, jadi jangan tanamkan kata negatif dalam fikiran anak-anak terhadap bapa mereka.

“Saya mahu anak-anak saya menjadi suami dan isteri baik. Kalau boleh perkahwinan mereka berkekalan sampai akhir hayat.

“Jadi, saya tiada masalah, sentiasa bertanya ada berjumpa atau tidak. Saya tidak mahu merenggangkan hubungan anak dengan bapa.

“Jangan pisahkan kasih sayang, itu anak-anak dia (Armin). Ya, saya sudah lepas, cukuplah,” katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini, baru-baru ini.



Tambah Ziana, dia juga sudah lama memaafkan Armin, meskipun ada memori tidak boleh lenyap daripada ingatan.

“Saya sudah lama memaafkan Armin. Saya selalu ingat pesan ibu apa sahaja orang buat, kena sentiasa memaafkan.

“Bila terlalu banyak simpan, bahu jadi berat. Jadi, dari dahulu saya maafkan, tak kira siapa, saudara atau adik beradik sekalipun, saya tetap memaafkan.

“Sebab jika tak maafkan, kita akan bawa bebanan sampai akhirat. Saya mahu hati dan fikiran saya lapang.



“Itu cukuplah. Bagi saya memori tetap memori, kita tak mampu memadamnya. Kita kena hidup dengan memori, tetapi dalam cara positif,” katanya.

Penyanyi Madah Berhelah itu berkata, dia gembira dengan kehidupannya sekarang biarpun bersendirian.

“Saya tak nak cakap besar, saya gembira dengan situasi saya sekarang bersama anak-anak, ibu bapa dan adik-beradik serta rakan. Masa akan datang, saya tak tahu.

“Saya selalu minta pada Allah yang baik-baik dalam apa bentuk yang kita tidak tahu. Sekarang saya selesa dengan diri saya. Saya lapang,” katanya.



Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.

Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada Mac 2018 apabila timbul dakwaan Armin mendera anak lelaki. Ekoran kejadian itu, Ziana membuat laporan polis, selain bertindak memfailkan perceraian.

Armin menamatkan kemelut melanda perkahwinan apabila menceraikan Ziana dengan talak satu pada Julai, tahun yang sama. BH

Ziana maafkan bekas suami



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker