8 lelaki bertopeng larikan kira-kira 3kg barang kemas

8 lelaki bertopeng larikan kira-kira 3kg barang kemas

Polis sedang memburu lapan lelaki bertopeng disyaki menyamun dan melarikan barang kemas seberat kira-kira 3 kilogram (Kg) dari sebuah rumah di Taman Bukit Kinrara, Puchong, pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Serdang A.A. Anbalagan berkata dalam kejadian pada 4.10 pagi itu, semasa berada di luar perkarangan rumahnya, mangsa didatangi lapan lelaki dipercayai warga tempatan, bersenjatakan parang yang memakai baju lengan panjang dan bersarung tangan.



“Seorang daripada suspek telah menumbuk muka mangsa beberapa kali dan memaksanya memberitahu di mana tempat wang disimpan sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam rumah.

“Selain itu, suspek turut memaksa ibu pengadu yang juga berada di rumah itu untuk menanggalkan barang kemas yang dipakainya sebelum bertindak menyelongkar setiap bilik di kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata suspek melarikan dua beg berisi barangan kemas dianggarkan seberat kira-kira 3 kg dan wang tunai RM5,000.

Mangsa yang berumur 24 tahun telah membuat laporan berhubung kejadian berkenaan pada 5.53 pagi.



“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompak berkumpulan dan bersenjata,” katanya. FMT

8 lelaki bertopeng larikan kira-kira 3kg barang kemas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker