Polis buru pemandu kereta tabur paku di jalan

Polis buru pemandu kereta tabur paku di jalan

Polis memburu pemandu sebuah kereta bagi membantu siasatan berhubung insiden menabur paku di atas jalan raya seperti yang tular di sosial media sejak semalam.

Ketua Polis Batu Gajah Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata insiden berkenaan dipercayai berlaku di kawasan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing dekat Batu Gajah, Perak.

“Sejak semalam tular di sosial media satu rakaman video yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain, memaparkan pemandu kereta Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 menabur paku dari tingkap kenderaan.

“Polis juga menerima satu laporan polis daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, susulan laporan itu Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Gajah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Siti Ramlah Abdullah di talian 016-7676287 atau Bilik gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05- 3629050. FMT

Polis buru pemandu kereta tabur paku di jalan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker