Senarai exco Melaka ‘cantik, menarik’ – Rauf

Senarai exco Melaka ‘cantik, menarik’ – Rauf

Ketua Menteri Melaka yang baharu Ab Rauf Yusoh menyifatkan barisan exco kerajaan negeri yang bakal dibentuk, sebagai ‘cantik dan menarik’.

Beliau berkata walaupun pembentukan kerajaan negeri itu tidak sama seperti di Perak dan Pahang selepas PRU15 namun dengan barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), sama seperti di peringkat kerajaan persekutuan.

“Kita akan memberikan kesamarataan dalam pembentukan ini…InsyaAllah nanti saya beritahu (barisan exco), tapi ia amat cantik dan menarik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau bazar Ramadan di Klebang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka itu sebelum ini dilapor berkata, beliau membayangkan Adun daripada PH akan menyertai kerajaan negeri, sekali gus memastikan barisan exco yang akan dibentuk lebih inklusif dan mencerminkan kerajaan perpaduan di Putrajaya.

Ditanya bila barisan exco akan diumumkan, Adun Tanjung Bidara itu berkata ia akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

“Takpelah kita tunggulah…kalau lewat sikit pun masih ada masa kecederaan. 48 jam itu saya cakap saya dah bentuk (barisan exco) tapi saya tak umum lagi (senarai),” katanya.

Mengulas mengenai tindakan bekas exco pelancongan, warisan dan kebudayaan Muhammad Jailani Khamis yang mahu Umno mengambil tindakan terhadap kritikan terbukanya susulan pertukaran ketua menteri, Rauf berkata ia bukan masa untuk bergaduh sesama sendiri.

“Zaman sekarang kita nak mengolah Melaka ke arah lebih baik, bukan nak tunjuk kita bergaduh sesama kita. Kita tak boleh jadi hero dalam mana-mana isu.

“Sebenarnya yang kita nak bawa dalam apa juga pembentukan yang baharu ini, kita nak bawa rakyat ini lebih baik lagi, negeri ini lebih makmur,” katanya. FMT

Senarai exco Melaka ‘cantik, menarik’ – Rauf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker