Pachara Apin dakwa terpaksa kerja tanggung suami
Afiq Muiz hanya main game di rumah
Pachara Apin dakwa terpaksa kerja tanggung suami
PELAKON Pachara Apin mendedahkan sepanjang perkahwinan dengan aktor Afiq Muiz dia yang terpaksa keluar bekerja bagi menampung kehidupan mereka suami isteri.
Pachara atau Nur Aaira Mahadeya, 32, mendakwa, Afiq hanya menghabiskan waktu di rumah bermain permainan video sementara dia keluar bekerja.
“Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? Jadi apa yang kau sedang buat sekarang ini? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya?
“Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu?
“Ahad kau bagi rehat sebab Isnin kau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar kerja kalau ada mood. Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game.
Baca Artikel Menarik:
- Afiq Muiz Gantung Isteri Tak Bertali Sejak 2021 – Peguam
- Afiq Muiz pukul saya – Pachara
- Afiq Muiz tak bagi nafkah sejak 2021 – Pachara
Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk selama berkahwin dengan kau.
PACHARA APIN
ISTERI AFIQ MUIZ
Sebaliknya Pachara menyifatkan Afiq sebagai seorang lelaki pengecut yang hanya mahu menguasai seorang wanita dan tidak akan berubah.
Baca Artikel Menarik:
Mengulas mengenai tindakan dia memfailkan tuntutan fasakh, Pachara berkata, dia berhak berbuat demikian selepas ada dilalui sepanjang berkahwin dengan Afiq.
Katanya, dia sepatutnya membuat permohonan itu sebelum ini lagi namun masih berharap suaminya itu akan berubah.
Baca Artikel Menarik:
Ameera Khan : Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Jadi Isteri
Pada Rabu lalu, Pachara memfailkan tuntutan fasakh terhadap Afiq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Pachara menjelaskan tuntutan itu dibuat selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak enam kali.
Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.
Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.
Pelakon itu bagaimanapun hanya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami.
Baca Artikel Menarik:
Janna tayang badan seksi lepas ‘workout’, netizen minta hormat bulan Ramadhan
Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.
Pachara Apin dakwa terpaksa kerja tanggung suami
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.