Afiq Muiz pukul saya – Pachara

 

Afiq Muiz pukul saya - Pachara
Afiq Muiz pukul saya – Pachara

“Afiq enggan beri kerjasama langsung.” demikian penjelasan isteri pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin berhubung tindakannya membuat tuntutan perceraian secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.

Memperincikan perkara itu, Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 32, memberitahu Afiq tahu mengenai tuntutan fasakh pada hari ini, namun enggan memberi kerjasama.

“Afiq tahu, tetapi tidak mahu beri kerjasama,” kata Pachara.

Berhubung dakwaan pernah dikasari suami seperti didedahkan dalam laman Facebook dan aplikasi TikTok, tahun lalu, Pachara mempertahankan kenyataannya itu.

“Sebelum ini, dia (Afiq) ada buat laporan polis mengatakan saya memfitnah berhubung isu pukul, tetapi saya tak fitnah.


Baca Artikel Menarik:

Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri


“Mengenai bukti, saya rasa semua orang sudah nampak bukti itu. Jadi, saya tak perlu nak banyak cakap hari ini.

“Lagipun, sebelum ini saya sudah banyak bercakap. Jadi, saya tak nak terlalu banyak cakap.

“Kita tunggulah kes perbicaraan terakhir pada 6 April depan,” kata pelakon drama rantaian, Air Mata Syurga dan Cinta Tiada Ganti ini.

Terdahulu, Pachara tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10.58 pagi berseorangan dengan mengenakan jubah warna hitam dan memakai pelitup muka.

Kontroversi membabitkan pasangan ini tercetus rentetan pesanan Afiq kepada pendakwah selebriti, Dai Syed yang baru bertunang agar jangan menjadikan wanita sebagai ‘permainan’.

Baca Artikel Menarik:

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Komen tersebut kemudian dikongsikan dalam Facebook seorang individu berserta kapsyen yang mendakwa pelakon itu memukul isterinya.

Selepas itu, Pachara pula mengulang siar hantaran berkenaan dalam Facebook dan TikTok miliknya seolah-olah mengesahkan dakwaan berkenaan. BH

Afiq Muiz pukul saya – Pachara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker