Beza FLU Dan SELSEMA, Sama Tapi Tak Serupa… Boleh Maut Jika Tak Dirawat Dengan Betul

Beza FLU Dan SELSEMA, Sama Tapi Tak Serupa… Boleh Maut Jika Tak Dirawat Dengan Betul

FAKTANYA masih ramai rakyat Malaysia tidak dapat membezakan di antara flu dan selesema biasa atau menganggap flu sebagai penyakit musim sejuk dan hanya berlaku di negara beriklim sederhana.

Kedua-dua tanggapan itu bagaimanapun salah sama sekali!

 

Di Malaysia jelas Dr Zulkifli, flu boleh berlaku sepanjang tahun dan kadangkala menjadi wabak yang menular secara meluas.

Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail.

“Ketika wabak Covid-19 melanda, bilangan kes flu hampir tiada namun virus itu kembali sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Malah Malaysia dan beberapa buah negara lain mula melaporkan kes penyakit itu.

“Kes flu dijangka meningkat seiring dengan pembukaan sektor pelancongan dengan pergaulan semakin bebas dan tidak terbatas,” katanya kepada mStar.

Dr Zulkifli berkata, apabila flu menular, ramai rakyat negara ini akan terdedah ditambah kebanyakan orang tiada perlindungan vaksin terhadap penyakit flu.

Disebabkan penularan virus itu yang rendah sejak dua tahun lalu, keimunan populasi juga menurun dan ia memburukkan lagi keadaan.

Flu boleh membawa maut.

“Saya nasihatkan semua individu berisiko untuk mendapatkan suntikan flu tahunan secepat mungkin dan ia akan membantu mengurangkan risiko keadaan menjadi teruk,” katanya.

Usia lanjut dan penyakit kronik gabungan maut!

Sementara itu, Pakar Endokrinologi, Profesor Dr Chan Siew Pheng memberitahu lebih 40 peratus rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas menghidap diabetes jenis 2.

Katanya, paras gula dalam darah yang tinggi secara berterusan boleh melemahkan sistem imun mereka, meningkatkan kekerapan dan tempoh jangkitan flu, lalu membahayakan lagi nyawa pesakit.

Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia itu juga menjelaskan penyakit flu boleh menyukarkan pengurusan diabetes, dan sekali gus menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

“Jangkitan flu juga boleh mengurangkan selera makan dan pengambilan makanan dan ini menyebabkan paras gula dalam darah menurun. Keadaan mereka yang semakin teruk boleh mengancam nyawa.

Profesor Dr Chan Siew Pheng.

“Malah, kehadiran diabetes boleh memburukkan lagi keadaan flu seseorang. Ramai pesakit diabetes menghidap komorbiditi lain, seperti tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang; yang hanya meningkatkan kemungkinan berlakunya komplikasi flu yang serius,” jelasnya.

Dr Chan menjelaskan pesakit yang menghidap diabetes, walaupun penyakit tersebut diuruskan dengan baik, adalah dinasihatkan untuk menjadikan langkah pencegahan flu sebagai komponen penting dalam pengurusan diabetes mereka termasuk pengambilan suntikan tahunan flu.

Lebih membimbangkan kata Dr Chan, penghidap penyakit jantung berdepan risiko enam kali ganda berkemungkinan mendapat serangan jantung selepas dijangkiti flu.

“Jangkitan flu juga meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 10 kali ganda dan strok sebanyak lapan kali ganda walaupun individu tersebut tiada sejarah penyakit kardiovaskular,” jelasnya.

Beza FLU Dan SELSEMA, Sama Tapi Tak Serupa… Boleh Maut Jika Tak Dirawat Dengan Betul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker