3 remaja dirantai pada kaki dijumpai dalam keadaan tidak bermaya

3 remaja dirantai pada kaki dijumpai dalam keadaan tidak bermaya

Kangar: Tiga remaja lelaki dipercayai menjadi mangsa dera diselamatkan selepas ditemui berkeliaran dan tidak bermaya oleh orang awam di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat, di sini, semalam.

Kejadian berlaku pada 11.55 malam di mana orang awam yang melalui jalan berkenaan menemui mangsa yang berusia antara 13 hingga 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yuaop berkata, dua daripada mangsa adalah Orang Kurang Upaya (OKU).

“Hasil siasatan awal mendapati dua remaja itu dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang remaja tidak dirantai dan mereka dijumpai oleh orang awam yang melalui Jalan Kampung Tambun Tulang menghala Ke Utan Aji di Simpang Empat.

“Kita percaya tiga mangsa ini adalah adik beradik berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun dan dua daripada mereka ini memiliki kad OKU.

“Mangsa dipercayai dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya percaya bahawa remaja ini melarikan diri dari rumah mereka kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian.

“Bagaimanapun, mereka enggan bercakap dan mangsa kini menjalani pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

“Hasil keterangan awal ibu kepada remaja itu pula menyatakan sikap ketiga-tiga anak ini agak sukar dikawal menyebabkan ibunya merantai mangsa,” katanya.

Yusharifuddin berkata, mangsa bagaimanapun dalam keadaan stabil serta tidak menunjukkan sebarang trauma atau ketakutan.

“Susulan itu kita menahan dua suspek iaitu ibu mangsa berusia 46 tahun dan seorang lelaki yang belum diketahui pertaliannya berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua direman selama tujuh hari bermula hari ni sehingga 31 Mac hadapan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Remaja berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis selepas rawatan mereka selesai. HM

3 remaja dirantai pada kaki dijumpai dalam keadaan tidak bermaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker