Dilantik sebagai penasihat Agama TPM, Khairuddin telah sahkan

SHAH ALAM – Bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan beliau dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pelantikan tersebut adalah secara pro bono berkuat kuasa 20 Mac lalu dan menganggap ia sebagai salah satu cara memberikan sumbangan kepada negara.

“Penjawatan adalah secara pro bono tanpa imbuhan kewangan sebagai satu sumbangan saya untuk negara menerusi Timbalan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.



Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO ialah bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Beliau juga memiliki kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2011.

Sebelum itu Mohd Khairuddin melanjutkan pengajian di Universiti Jordan dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab seterusnya ke peringkat Sarjana dalam bidang sama di Universiti Aal al-Bayt, Mafraq, Jordan pada 2000

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker