Azeem terus cipta kejayaan, kini raih emas acara 100 meter di Florida [VIDEO]

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 100 meter (m) pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, awal pagi tadi (3 pagi waktu Malaysia).

Pada kejohanan yang berlangsung di Mike Long Track di Tallahassee, Florida, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat (s) sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Lebih manis, ia merupakan kemenangan sulung buat atlet berusia 18 tahun itu yang membuat debut kejohanan luar dewan di bumi ‘Uncle Sam’ itu selepas tiga penampilan dalam acara 60m dalam dewan sebelum ini.

Tempat kedua acara itu dimenangi Andre Ewers (10.49s) manakala tempat ketiga dimenangi Trei Thorogood (10.51s) mewakili Universiti Syracuse.

Bulan lepas, Azeem menampilkan permulaan baik di Amerika Syarikat selepas memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60m lelaki dalam dewan miliknya sendiri pada kejohanan Tiger Paw Invitational

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker