Siapa lagi akan ditangkap oleh SPRM?

PENYELEWENGAN projek Jana Wibawa merungkai salahlaku jenayah para pemimpin kerajaan PN ketika pelaksanaan langkah keselamatan PKP COVID-19 dan Darurat yang paling panjang di dunia.

Oleh Norzahira

PENYELEWENGAN projek Jana Wibawa merungkai salahlaku jenayah para pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika pelaksanaan langkah keselamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 dan Darurat yang paling panjang di dunia.

Para pemimpin PN ini juga merupakan antara individu yang sama lantang memomokkan dan menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesalahan rasuah dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan tidak ada sebarang bukti yang membabitkan Najib.

Sebagaimana yang rakyat Malaysia tahu, adik menantu Midin telah ditahan reman sebab membayar sogokan bernilai RM400,000 diberi menantu Midin dalam cubaan untuk menghalang siasatan SPRM ke atas anak Midin berhubung skandal Jana Wibawa.

Ketua Penerangan Midin telah didakwa 2 caj rasuah bernilai RM6.9 juta berhubung skandal Jana Wibawa. Kawan baik Midin dari Pagoh telah didakwa 9 caj rasuah bernilai RM13 juta berhubung skandal Jana Wibawa. Malah Midin telah didakwa 7 caj salah guna kuasa dan rasuah bernilai RM232.5 juta berhubung skandal Jana Wibawa.

Desas desus bertiup kencang akan ada lagi tangkapan menjelang Aidilfitri dan Syawal. Siapakah pemimpin PN atau “geng broker” bakal ditangkap yang mempunyai kaitan langsung dengan jenayah skandal Jana Wibawa ini? Tangkapan tersebut dikatakan akan merungkai persoalan kenapa “geng broker” hanya menerima arahan daripada pemimpin Tertinggi PN dan bukannya dari Presiden parti “geng broker” sendiri.

SPRM dikatakan akan memanggil ramai lagi individu bagi membantu siasatan kes itu. Malah pendakwaan akan dibuat dalam masa terdekat.

Kifarah itu pasti. Muhyiddin lantang menghina Najib berkenaan 1MDB. Kini beliau sendiri sedang menghadapi pendakwaan terhadap salahlaku jenayah skandal Jana Wibawa. Beliau dituduh bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Siasatan keatas kes projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang dijalankan mendedahkan salahlaku Muhyiddin.

Enam pertuduhan ke atas beliau telah dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. pada Jumaat, manakala satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Muhyiddin didakwa menggunakan kedudukan bagi mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Kini rakyat tertanya-tanya siapa lagi yang akan ditangkap menjelang Aidilfitri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker