Bolehkah Isteri Iqamah Ketika Solat Berdua Bersama Suami

Bolehkah Isteri Iqamah Ketika Solat Berdua Bersama Suami

Solat berjemaah sangat diangkat tinggi dalam Islam. Ganjarannya pula diberikan sehingga 27 kali ganda, tidak kiralah bilangan yang berjemaah sebanyak dua orang sahaja, seorang imam dan seorang makmum sekalipun.

Solat berjemaah mempunyai aturan tertentu yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan solat secara berseorangan. Biasanya seorang makmum akan bertindak melaungkan iqamah sebelum sama-sama menunaikan solat.



Namun bagaimana pula jika seorang perempuan menunaikan solat jemaah berdua bersama abang atau adik lelakinya atau suaminya. Adakah dia perlu melaungkan iqamah?

Golongan wanita diharuskan untuk melaungkan azan, iqamah dan juga menjadi imam apabila bersolat sesama mereka.

Daripada A’isyah R.Anha :

أَنَّهَا كَانَتْ تُؤَذِّنُ، وَتُقِيمُ، وَتَؤُمُّ النِّسَاءَ



Maksudnya : “Beliau mengumandangkan azan, iqamah, serta menjadi imam kepada orang perempuan.” (Riwayat Al-Hakim, Al-Mustadrak, no.730)

Tetapi jika mereka bersolat bersama lelaki, sekalipun suami, tidak dibolehkan untuk melakukan perkara-perkara tersebut. Yang dituntut melaungkan azan, iqamah serta menjadi imam adalah lelaki sendiri.

Jika hanya ada seorang lelaki dalam solat jemaah tersebut, maka dialah yang perlu melaungkan azan, iqamah dan menjadi imam. Wallahua’alam.
Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Bolehkah Isteri Iqamah Ketika Solat Berdua Bersama Suami



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker