EPL: Penonton kembali ke stadium bulan depan

England bakal membenarkan kehadiran semula penyokong dalam jumlah terhad ke dalam stadium bermula 2 Disember depan.

Perkara itu diumumkan oleh kerajaan United Kingdom termasuk melibatkan kehadiran acara lain yang berkaitan.

Jumlah had maksimum adalah 4,000 penonton dibenarkan atau separuh daripada kapasiti stadium bagi yang berkapasiti di bawah 8,000.
Kerajaan UK kin telah melonggarkan sedikit prosedur untuk kawasan yang dianggap berisiko rendah.

Kapasiti 4,000 ataupun separuh daripada kapasiti stadium itu adalah untuk kawasan yang diisytihar sebagai kawasan berisiko rendah tahap 1 (paling rendah).

Bagi kawasan tier 2/tahap 2 pula, hanya maksimum 2,000 penonton ataupun separuh daripada kapasiti stadium dibenarkan.

Sementara, larangan masih dikenakan untuk kawasan tier 3 di mana mana tiada penonton dibenarkan hadir ke stadium.

Bagi acara di dalam dewan atau tertutup, hanya 1,000 penonton dibenarkan dan kerajaan juga sedang berusaha untuk membenarkan acara hiburan termasuk konsert dan teater untuk kembali.

Bola sepak di England telah dimainkan di dalam stadium kosong sejak liga bersambung semula musim lalu dan juga sejak awal musim ini.

Pembukaan semula pintu penyokong dalam jumlah terhad ini juga perlu mengikuti garis panduan penjarakan sosial.

Pengumuman ini mendapat reaksi berbeza daripada rakyat di England kerana menurut mereka ketika ini, risiko di negara tersebut masih tinggi. MG

29 juta penonton Liga Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker