Bersatu ajak MCA, MIC sertai PN

Bersatu ajak MCA, MIC sertai PN

Mendakwa “diketepikan” dan tersisih dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Bersatu kini mempelawa MCA dan MIC agar menyertai gabungan PN.

Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu S Subramaniam berkata sehingga kini tiada mana-mana pemimpin kedua-dua parti komponen BN itu dillantik menganggotai kabinet atau kerajaan.

Malah dakwa Subramaniam dalam pelantikan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) pun tiada pemimpin MCA atau MIC dilantik.

“Ini jelas menunjukkan kedua-dua parti itu tidak lagi dihargai oleh (Pengerusi BN) Ahmad Zahid Hamidi.

“Jadi, saya minta MCA dan MIC kaji semula kedudukan dalam BN dan dialu-alukan menyertai gabungan PN,” katanya kepada Malaysiakini.

Apabila Anwar membentuk kabinetnya selepas mengangkat sumpah, tiada mana-mana pemimpin MCA atau MIC diberikan jawatan dalam jemaah menteri seperti kebiasaan semasa BN menjadi kerajaan.

Menjelang pembentukan kerajaan perpaduan, kedua-dua parti terbabit memang dilihat tidak senang dengan keputusan diambil Ahmad Zahid.

Dalam PRU ke-15 lalu MCA hanya memenangi dua kerusi parlimen – semuanya di Johor – iaitu Ayer Itam (Wee Ka Siong) dan Tanjung Piai (Wee Jeck Seng). Ka Siong merupakan presiden MCA manakala Jeck Seng ialah anggota jawatankuasa pusat parti berkenaan.

MIC pula hanya memenangi satu kerusi iaitu Tapah yang diwakili timbalan presidennya M Saravanan.

Selain MCA dan MIC, dua lagi anggota komponen BN ialah Umno dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Dalam kabinet kerajaan perpaduan, Umno diberi enam menteri dan lima timbalan menteri manakala, PBRS diberi satu jawatan timbalan menteri melalui Arthur Joseph Kurup.

Sebelum ini Presiden MIC SA Vigneswaran berkata MIC memang tidak akan tuntut sebarang jawatan dalam kabinet sebagai penerusan ketetapan BN menolak Anwar dan DAP sebagai kerajaan.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu bagaimanapun berkata parti itu sedia menerima jawatan sekiranya ditawarkan oleh Anwar.

Subramaniam yang juga bekas ketua penerangan Pemuda MIC kebangsaan berkata MCA dan MIC mungkin akan ‘hilang’ pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang jika terus kekal bersama BN.

“Saya diberitahu bahawa sehingga kini kedua-dua parti itu tidak dipanggil untuk sebarang rundingan kerusi pada PRN ini.

“Kemungkinan besar kedua-dua parti hanya akan diberi satu kerusi sahaja di setiap negeri, malah ada kemungkinan mereka langsung tidak diberikan kerusi langsung.

“Ini kerana sikap membalas dendam oleh beberapa pemimpin Umno terhadap kedua-dua parti itu yang sebelum ini tidak sehaluan dengan mereka,” katanya.

Untuk rekod, ketika usaha digerakkan bagi menjatuhkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, pemimpin MCA dan MIC serta sebahagian besar ahli parlimen Umno enggan menyokong pendirian ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk menarik balik sokongan mereka kepada presiden Bersatu berkenaan.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Wee dan Vigneswaran untuk mendapatkan ulasan mereka.

Wee sebelum ini berkata MCA mempertimbangkan beberapa senario dalam enam PRN tahun ini, termasuk kemungkinan tidak meletakkan calon. Mk

Bersatu ajak MCA, MIC sertai PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker