GPS beri jaminan pertahan Kerajaan Perpaduan – Asyraf Wajdi

GPS beri jaminan pertahan Kerajaan Perpaduan – Asyraf Wajdi

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan sepenuhnya untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan untuk kestabilan politik negara.

Itu penegasan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dikongsikan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS dalam mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi memaklumkan kestabilan akan memberi manfaat ekonomi yang besar kepada rakyat.

Kongsi Asyraf Wajdi, Abang Johari berkata, apa yang penting adalah Sarawak perlu diperkuatkan.

“Jika Sarawak kuat, Persekutuan dengan sendirinya akan kuat.

“GPS juga mengucapkan tahniah kepada UMNO yang makin kukuh selepas pemilihan parti yang juga merupakan faktor penting kestabilan kerajaan,” kata Abang Johari seperti dikongsikan Asyraf Wajdi.

Asyraf Wajdi turut memuat naik sekeping gambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Abang Johari; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Menara Dato’ Onn itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri dalam sidang media selepas mesyuarat itu memaklumkan, satu konvensyen bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata konvensyen itu juga antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Diminta mengulas persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan pembahagian kerusi bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri berkata semua perbincangan berjalan lancar ketika ini.

“Perbincangan masih lagi dalam proses, berlangsung baik dan kita akan muktamadkan dalam masa singkat… kita tidak bincang mendalam (malam ini), Jawatankuasa Pilihan Raya Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan terus bincang,” katanya. Utv

GPS beri jaminan pertahan Kerajaan Perpaduan – Asyraf Wajdi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker