Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia

Arwah Man Tobey terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu dan menjalani pembedahan membuang tiga tulang belakang kerana ingin memberi ruang pada saluran pernafasan.

Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia

Bekas pemain bass pertama kumpulan XPDC (Tragedy), Meditasi dan Garuda, Man Tobey, 58, meninggal dunia pada jam 12.04 malam tadi di Hospital Selayang.

Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Nur Anis Sofea kepada Harian Metro dan rakan-rakan penggiat seni.

Anis berkata, ayahnya dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir, malam tadi.

Man Tobey atau nama sebenarnya, Yahya Rashid terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Dalam kejadian di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10 pagi itu, Man Tobey sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang.

Arwah mengalami kecederaan tulang belakang, leher dan tangan kirinya patah. Tulang belakang pula menutup saluran pernafasan sehingga terpaksa menggunakan mesin bantuan.

Doktor juga melakukan pembedahan membuang tiga tulang belakang kerana ingin memberi ruang pada saluran pernafasan.

Kejadian berlaku semasa arwah pulang dari Pasar Selayang untuk berniaga di kedai runcit di kawasan kediamannya dekat Rawang.

Arwah akan mengambil barang berniaga di Pasar Selayang dan selalunya sampai di kedai jam 9 pagi.

Namun, pada hari kejadian arwah masih belum pulang walaupun sudah jam 10 pagi. Anis kemudian menerima panggilan dari seorang rakan memberitahu ayahnya kemalangan di lokasi itu membabitkan sebuah treler.

Arwah menjalani pembedahan kedua dengan menebuk leher untuk pasang alat pernafasan dan tidak mampu bercakap lagi selepas itu.

Selain berniaga, arwah juga menjadi bilal di surau tempat tinggalnya di Apartment Taman Setia Rawang.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Garing, Rawang pagi ini.

Allahyarham meninggalkan balu, Zamidah Ishak, 62, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 25, dan Nur Anis Sofea, 23. BH

Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker