Anwar lupa soalan lihat Amelia Henderson (Video)

‘Nanti Wan Azizah Tanya, Ini Temu Anwar Atau Temu Amelia?’ – DSAI Berseloroh, Bantu Amelia Henderson Hilang Gemuruh

Anwar lupa soalan lihat Amelia Henderson (Video)

Pelakon Amelia Henderson yang dilihat semakin aktif meluaskan bakatnya diberi kepercayaan untuk menjadi moderator kepada program yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

‘Nervous’ sebenarnya

Menerusi video TikTok yang dimuat naik seorang individu, DSAI sempat berseloroh dengan moderator program, Amelia Henderson di majlis Temu Anwar. Hal ini meraih perhatian netizen kerana dikatakan DSAI cuba membantu Amelia untuk selesa dan tenang mengendalikan sesi soal jawab ketika itu.

Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson akui gemuruh namun keperibadian DSAI membuatkan dirinya dan semua yang hadir selesa.

Nervous!! Tapi YAB DS Anwar Ibrahim adalah seorang yang baik, pemurah dan mudah untuk didekati. Ianya membuatkan semua orang yang hadir berasa dialu-alukan dan selesa untuk bertanya soalan tanpa sebarang halangan.

Tahap ketulusan dan kebolehdekatan dalam politik ini harus dipuji!

DSAI berseloroh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap DSAI yang prihatin dengan keadaan Amelia yang sedang gemuruh dengan cara berseloroh. Selain itu, terdapat juga komen yang ditinggalkan buat Amelia dengan memuji kecantikan pelakon darah kacukan itu.
Sumber: TikTok @jason.yew & Twitter @ameliath

Anwar lupa soalan lihat Amelia Henderson (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker