Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan
Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan
Diam tidak diam tinggal lagi beberapa hari shaja lagi kita bakal memasuki bulan Ramadhan. Sudah tiba masanya untuk kita buat checklist Ramadhan. Bulan Ramadhan sememangya ternanti-nati oleh seluruh umat islam di seluruh dunia.
Bulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk anda mendekatkan diri dengan Allah SWT dan perbanyakkan amal kebaikkan. Namun begitu, adakah anda sudah betul-betul bersedia untuk melangkah ke bulan Ramadhan??
Sebelum menyambut bulan Ramadhan anda perlulah melakukan persediaan. Ada beberapa persediaan yang perlu anda lakukan sebelum anda melangkah ke bulan ramadhan.
Ia bertujuan untuk memastikan supaya diri kita bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ada beberapa checklist yang boleh anda lakukan. Antaranya:
Checklist Ramadhan #1 – Menjaga Kesihatan Diri
Bulan puasa merupakan waktu untuk kita mengumpul pahala dan segala amalan baik. Pada waktu inilah peluang untuk anda melakukan ibadah wajib dan juga perbanyakkan ibadah sunat. Justeru itu, kita perlulah menjaga kesihatan diri supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukan itu sahaja, apabila kesihatan kita baik, kita dapat berpuasa dengan penuh pada tahun.
Checklist Ramadhan #2 – Semak Semula Hukum Hakam Di Bulan Ramadhan
Bulan Ramdahan hanya datang setahun sekali. Disebabkan itu, kadang-kala kita menjadi lupa mengenai segala hukum hakam di bulan Ramadhan. Justeru itu, sebelum anda hendak menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, apa kata anda semak dahulu segala hukum hakam di bulan Ramadhan.
Dengan menyemak segala semula hukum hakam di bulan Ramadhan, ia dapat membuatkan anda mengingat kembali perkara yang wajib dan perkara yang dilarang dilakukan di bulan Ramadhan. Ia sekali gus dapat mengelakkan dari anda melakukan ibadah dengan sia-sia dan dapat mengelakkan dari puasa anda terbatal.
Checklist Ramadhan #3 – Melatih Diri Supaya Bangun Malam
Pada waktu malam di bulan Ramadhan orang berpusu-pusu bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah sunat. Tetapi untuk bangun pada waktu malam merupakan cabaran buat kita semua lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah bangun pada lewat untuk mengejarkan ibadah.
Jadi, mulai dari sekarang anda perlu melatih diri anda untuk bangun tengah malam bagi mengerjakan ibadah. Jadikan jam penggera sebagai bantuan untuk anda bangun malam dengan mudah.
Checklist Ramadhan#4 – Mula Melakukan Ibadah Sunat
Walaupun bulan Ramadhan bakal menjelma beberapa hari lagi, tetapi tidak salah untuk kita mula melakukan ibadat sunat seperti bangun di tengah malam dan melakukan solat sunat.
Ia adalah sebagai latihan awal supaya kita dapat membeiasakan diri apabila bangun tengah malam di bulan ramadhan nanti. Bukan itu sahaja, kita juga dapat memperbaiki cara bacaan dan juga pergerakkan ketika solat sunat.
Checklist Ramadhan#5 – Tanam Azam Untuk Banyakkan Ibadah
Bulan Ramadhan inilah waktu untuk anda melakukan bermacam perkara sunat dan waktu untuk anda memenuhi dengan segala perakara yang boleh mendatangkan pahala. Justeru itu, mulai dari sekarang ana perlulah menanam azam supaya tahun ini anda dapat mpenuhi bulan Ramadhan dengan amal ibadat. Bukan itu sahaja, tanamkan juga azam yang anda akan menggunakan bulan Ramadhan tahun ini untuk memperbaiki diri anda.
Checklist Ramadhan#6 – Bersihkan Hati Dan Mula Menjaga Lidah
Mulai dari sekarang anda perlulah mula membersihkan hati serta lidah dari mengata atau mengumpat. Mulai dari sekarang latih mulut anda untuk lebih banyak berdiam diri dan basahkan bibir anda dengan melazimi ayat-ayat zikir. Jadikan ia sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan nanti.
Setidaknya, sepanjang bulan Ramadhan nanti lidah anda sentiasa di basahi dengnan kalimah zikir yang akan memberikan anda pahala.
Checklist Ramadhan#7 – Berdoa Supaya Berjaya Puasa Penuh
Kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku pada diri kita. Terutama sekali ketika bulan Ramdhan, kadang-kala ada yang tidak dapat menghabiskan puasa di bulan Ramadhan di sebabkan jatuh sakit. Justeru itu, anda perlulah berdoa dan memohon dari Allah supaya anda di berikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Antara Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan
Ramai antara mereka tidak sabar-sabar untuk melakukan amalan-amalan sunat yang boleh memberikan pahala buat mereka.
Antara amalan tersebut ialah:
Bangun di tengah malam dan melakukan solat sunat
Melakuakan Qiamullail
Perbanyakkan bersedekah
Menyegerakan berbuka
Beri makan orang berbuka
Bertadarus Al-Quran
Melewatkan bersahur
Solat terawih
Marilah kita sama-sama menghidupkan Ramadhan pada tahun ini dengan amal ibadah supaya Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya, inshaAllah.
Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.