Lee Zii Jia bermula positif di Birmingham, tewaskan Sitthikom Thammasin

 

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memulakan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Seluruh England selepas mengalahkan Sitthikom Thammasin dari Thailand pada Rabu.

Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia mempamerkan aksi mantap untuk melakar kemenangan 21-21, 21-15 dalam pertembungan yang berlangsung di Arena Utilita, Birmingham itu.



Pengalaman yang dimiliki Zii Jia memisahkan mereka, biarpun Sitthikom yang berada di ranking ke-33 dunia cuba memberi saingan sengit.

Ia permulaan positif buat pemain dari Alor Setar, Kedah itu untuk melangkah lebih jauh pada kejohanan badminton tertua dunia itu.

Pemain berusia 25 tahun itu masih dihantui badi kalah awal setelah mengalami kekalahan keempat berturut-turut dengan terbaharu di Terbuka Jerman minggu lalu.

Zii Jia sebelum ini kecundang pada pusingan kedua Terbuka Malaysia dan India serta Masters Indonesia.



Pada pusingan seterusnya, Zii Jia dijangka menentang Kenta Nishimito dari Jepun atau atau pemain Kanada, Brian Yang untuk meraih tiket ke suku akhir.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker