Jika UMNO tawan Kelantan, masalah air akan selesai – Zahid

 

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa masalah bekalan air perkara wajib diselesaikan sekiranya Umno menang pada pilihan raya negeri (PRN) di Kelantan nanti.

Presiden Umno itu berkata masalah air di Kelantan adalah janji Umno yang akan diselesaikan.

“Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji Umno dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu Umno untuk sekali ini.

“Cuba beri peluang untuk Umno hanya untuk lima tahun sahaja, jika dirasakan tidak okay, boleh tukar semula.

“Kita hanya perlukan masa lima tahun untuk BN membuktikan kita mampu memberi bekalan air bersih kepada rakyat di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pengenalan calon-Calon pemilihan Umno sesi 2023-2026, di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, pihak tertentu tidak boleh menyalahkan Allah dalam isu air keruh, sebaliknya sebagai pemimpin perlu berusaha memberi air bersih kepada rakyat.

“Jadi berilah peluang kepada Umno dan BN untuk kali ini.

“Dasar yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang kita akan teruskan,” katanya.

Sebagai rekod umum mengetahui masalah perbekalan air terawat di Kelantan begitu sinonim dan berlarutan sejak sekian lama seolah-olah tidak berpenghujung.

Masalah kualiti air sentiasa menjadi buah mulut rakyat Kelantan sehingga ‘air karat’ menjadi modal untuk mengkritik kerajaan negeri atau pun parti yang mewakili Kelantan iaitu PAS.

Punca masalah ini biasanya diberi alasan bahawa paip yang digunakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) selaku operator induk untuk menyalurkan air ke premis-premis pengguna merupakan paip lama.

Usia paip yang dikatakan sekitar 40 tahun itu menyebabkan berlaku kerosakan menyebabkan wujudnya air tidak berhasil atau non-revenue water (NRW) selain kualiti air yang tidak memuaskan.

Pada penghujung 2021, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah, dilaporkan berkata kerajaan negeri akan membina sebuah takungan besar yang dijangka dapat menyelesaikan isu perbekalan sumber keperluan asas rakyat itu.

Bekas menteri alam sekitar dan air Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini juga memperkatakan mengenai projek takungan air pinggiran sungai (Taps) yang menelan belanja RM1.3 bilion .

Namun sehingga hari ini, masalah air di Kelantan masih belum diselesaikan sepenuhnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker