Kuartet 4×100 wanita negara terkejut

Kuartet 4×100 wanita negara terkejut

HANGZHOU: Kuartet 4×100 meter (m) wanita negara jelas terkejut dan bagaikan hilang kata-kata apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat gangsa bagi acara itu di Sukan Asia 2022, sebentar tadi.

Sekalipun kuartet dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Shereen Samson Vallabouy itu mendapat tempat keempat namun kuartet Bahrain yang sepatutnya memenangi pingat gangsa dibatalkan penyertaan.

Situasi itu sama sekali tidak dijangka oleh Zaidatul terutama selepas masih bersedih apabila mereka sekadar menamatkan larian di tangga keempat dan gagal dalam misi memperbaharui rekod kebangsaan.

Katanya, keadaan dan perasan menjadi lebih bercampur baur apabila pelari Bahrain datang mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam acara berganti-ganti. Memang kami terkejut kerana selepas kembali ke bilik panggilan untuk mengambil beg, keputusan rasmi belum keluar.

“Kemudian suami saya bertanya mengapa kami tidak protes kerana kuartet Bahrain melakukan kesalahan dan kami menghubungi jurulatih namun tidak mendapat balasan.

“Sehinggalah atlet Bahrain datang mengucapkan tahniah kepada kami. Ini sesuatu yang kami tidak jangkakan sama sekali,” kata Zaidatul.

Shereen Samson (tengah) ketika beraksi dalam acara 4 x 100 Meter Akhir Wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou malam ini. – BERNAMA
Shereen Samson (tengah) ketika beraksi dalam acara 4 x 100 Meter Akhir Wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou malam ini. – BERNAMA
Mengulas lanjut kejayaan meraih pingat gangsa itu, Zaidatul menyifatkan ia sebagai satu pencapaian yang tertinggi sekalipun catatan masa yang dilakukan tidak begitu memberangsangkan.

“Ini pingat gangsa yang sangat berharga kerana kami hanya menjangkakan dapat meraih tempat kelima pada final,” katanya.

Saingan 4x100m wanita itu menyaksikan pingat emas dimenangi kuartet China yang melakukan catatan 43.39s.

Kuartet 4×100 wanita negara terkejut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker