7 tip bantu anak bersedia kembali ke sekolah

SELEPAS menikmati cuti persekolahan yang panjang, anak-anak kini perlu kembali kepada realiti kehidupan apabila tidak lama lagi sesi persekolahan baharu akan dibuka.

Ada yang bersedih kerana tidak puas bercuti, tidak kurang juga ada anak-anak yang teruja kembali ke sekolah kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakan dan guru serta menimba ilmu baharu.

Sebagai ibu bapa kita perlu bersedia menangani emosi anak-anak untuk mempersiapkan fizikal dan mental mereka bagi menempuh sesi persekolahan baharu selepas berehat panjang.

Usah khuatir, di sini Relevan kongsikan tujuh tip untuk membantu ibu bapa mempersiapkan anak-anak kembali ke sekolah dengan lebih semangat dan menyeronokkan.

1. Latihan rutin tidur

Kembalikan rutin tidur anak-anak agar mereka boleh bangun awal pagi untuk ke sekolah selepas menikmati cuti persekolahan yang panjang.

Mulakan tiga hingga empat malam sebelum mereka kembali ke sekolah. Buat rutin sebelum tidur yang menenangkan untuk membantu mereka berehat dan tidur lebih awal.

Cuba malapkan lampu, mainkan muzik yang menenangkan dan perlahankan suara sejam sebelum tiba masanya untuk masuk tidur.

Mandi air suam dengan sedikit minyak lavender diikuti dengan tuala yang lembut, baju tidur yang lembut dan hangat serta memberus gigi akan memberi isyarat deria bahawa sudah tiba masanya untuk bersiap untuk tidur.

2. Bercakap tentang sekolah

Anda perlu bercakap dan memberitahu mereka tentang kembali ke sekolah. Pastikan penjelasan itu pendek dan manis.

“Esok awak akan ke sekolah berjumpa cikgu dan kawan-kawan.

“Kita akan bangun pagi, bersarapan, mengenakan pakaian sekolah dan ayah akan membawa kamu ke sekolah.”

3. Dengar luahan anak

Terima semua luahan perasaan anak. Mereka mungkin menunjukkan kekecewaan, ketakutan, keseronokan atau kebimbangan untuk kembali ke sekolah.

Tidak kira apa perasaan yang mereka tunjukkan, beritahu mereka bahawa semua akan baik-baik sahaja, jangan bimbang anda pasti akan seronok apabila bersama kawan-kawan serta guru di sekolah nanti.

Jika mereka masih menunjukkan perasaan kecewa dan enggan ke sekolah,  beritahu mereka bahawa ibu dan ayah memahami perasaan itu. Kemudian tetapkan had dengan tegas tetapi penuh kasih sayang.

4. Cepat beredar 

Jangan berlama-lama di pintu bilik darjah. Ia tidak membantu anak anda malah mereka semakin gelisah dan mahu mengikuti ibu bapa pulang ke rumah. Keadaan itu juga membuatkan kesakitan perpisahan dengan ibu bapa menjadi berlanjutan.

Sediakan mental anak-anak terlebih dahulu dengan mengatakan bahawa anda akan memberi mereka pelukan dan ciuman kemudian akan meninggalkan mereka di bilik darjah untuk sesi pembelajaran.

5. Galakkan bertanya soalan

Galakkan anak-anak bertanya soalan tentang sesi baharu persekolahan dan apa jua yang berkaitan dengan persekolahan.

Paling penting, beritahu anak anda bahawa mereka bebas untuk membincangkan apa sahaja topik atau permasalahan.

Sediakan masa untuk berbual sepanjang penggal persekolahan. Ia boleh membantu mengatasi masalah kembali ke sekolah.

 6. Wujudkan semangat kekitaan di sekolah

Ibu bapa boleh membentuk sikap positif tentang sekolah dengan menetapkan nada yang menggalakkan apabila bercakap mengenainya.

Tunjukkan juga minat dalam kehidupan sekolah dan kerja serta bersedia untuk menyokong anak anda dari segi akademik dan sosial.

Lebih separuh daripada ibu bapa dalam satu tinjauan berkata, kerja rumah (homework ) dan kerja sekolah adalah pemacu tekanan terbesar dalam kalangan pelajar.

Apabila ibu bapa terlibat dalam kerja sekolah anak-anak, mereka akan menyokong anak-anak melaluinya dengan lebih baik.

 7. Perhatikan tanda-tanda tekanan

Ibu bapa perlu perhatikan dan memahami tekanan yang dihadapi oleh anak-anak tetapi harus diingat tanda-tanda itu berbeza mengikut usia.

Berikut antara tanda-tanda tekanan secara umum:

  • Enggan berpisah dengan ibu bapa dan merengek atau ‘buat perangai’ lebih daripada biasa atau cuba melarikan diri dari bilik darjah
  • Kelihatan resah dan gelisah atau menangis
  • Mengelak melakukan aktiviti
  • Menghisap ibu jari

Jika tingkah laku ini berterusan selama untuk tempoh yang lama. Anda perlu berbincang dengan guru kelas tentang perkara tersebut. Mungkin ada sesuatu yang berlaku di sekolah seperti buli.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker