Cadangan dan ramalan Najib terbukti betul

Harga minyak dunia ketika ini tinggi, maka sistem subsidi bersasar tidak boleh dilaksanakan jika tidak mahu kadar inflasi bertambah teruk dan pasaran domestik menjadi huru-hara.

Oleh Norzahira

BAB ekonomi negara merupakan fokus dan kelebihan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau medepani masa dan sentiasa dapat meramalkan dan melaksanakan langkah-langkah jitu menangani isu ekonomi rakyat. Hanya beliau yang mampu memperbaiki masalah inflasi dan kelembapan ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara dan rakyat ketika ini.

Kerajaan tidak boleh asyik sebut nak mansuhkan subsidi pukal sebab hanya sebut sahaja akan membawa kepada inflasi lebih teruk seperti dijelaskan di atas. Jangan syok sendiri dan asyik sebut (perkara yang) menakutkan pasaran serta pengguna.- Najib



Apabila Kerajaan Mahathir memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum ke 14, negara dilanda kemelesatan ekonomi yang sangat teruk. Keadaan diburukkan lagi dengan propaganda dari Mahathir yang mengatakan negara sedang bankrap, muflis dan sebagainya dalam cubaan menjatuhkan kredibiliti kerajaan Najib.

Kesan dari salah tatacara pentadbiran negara oleh Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri, kini rakyat sedang menanggung akibat ekonomi yang merudum teruk. Ekonomi negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan negara Asean yang lain jauh lebih baik dari Malaysia walaupun sebelum ini kerajaan Najib telah berjaya meletakkan negara di hadapan negara-negara tersebut.

Memetik sumber, Pada bulan Julai 2022 iaitu sebulan sebelum Najib dipenjarakan, beliau pernah kritik kerajaan penyu yang umum hasrat mereka untuk memansuhkan subsidi minyak dan melaksanakan subsidi bahan api itu secara bersasar,

Najib juga kata kerajaan tak patut sebut hasrat ini pada ketika itu sebab hanya sebut sahaja akan membawa kepada inflasi lebih teruk seperti dijelaskan di atas. Jangan syok sendiri dan asyik sebut (perkara yang) menakutkan pasaran serta pengguna.



Sekarang bukan masa sesuai untuk memansuhkan subsidi minyak dan melaksanakan subsidi bahan api itu secara bersasar, tegas mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, ini berikutan ramalan kadar inflasi akan lebih tinggi masih wujud.

“Kita tidak boleh mengejutkan sistem sekarang. Kerajaan tidak patut memperkenalkan perubahan besar kepada dasar ekonomi yang akan mengejutkan pasaran pada ketika jangkaan inflasi masih tinggi.

“Jangkaan mengenai inflasi akan membawa kepada inflasi. Ia adalah ramalan yang menjadi kenyataan. Ini kerana apabila peniaga tetapkan harga barang bagi bulan mendatang pada hari ini, mereka akan naikkan harga jika peniaga ramal inflasi akan tinggi,” katanya hari ini.



Tegas beliau lagi, harga minyak dunia ketika ini tinggi, maka sistem subsidi bersasar tidak boleh dilaksanakan jika tidak mahu kadar inflasi bertambah teruk dan pasaran domestik menjadi huru-hara.

“Kerajaan tidak boleh asyik sebut nak mansuhkan subsidi pukal sebab hanya sebut sahaja akan membawa kepada inflasi lebih teruk seperti dijelaskan di atas. Jangan syok sendiri dan asyik sebut (perkara yang) menakutkan pasaran serta pengguna.

“Beritahu pasaran bahawa kerajaan tidak akan berbuat demikian pada tahun ini dan hanya akan melaksanakan apabila kadar inflasi turun semula dan terkawal,” katanya.

Najib berkata, beliau menyedari beban subsidi kerajaan amat tinggi apabila mencecah RM80 bilion tahun ini yang terbesar dalam sejarah. Namun katanya, PETRONAS menikmati manfaat yang sangat besar ketika ini dan mungkin mencatat keuntungan tinggi.



“Purata harga minyak dunia Brent berikutan perang Rusia-Ukraine pada April, Mei dan Jun pula sudah AS$104.58, AS$113.34 dan AS$122.71, bermakna ianya lebih tinggi berbanding suku pertama. Malah, peningkatan harga gas asli yang juga pengeluaran utama PETRONAS jauh lebih tinggi berbanding harga minyak,” katanya.

“Dan besar kemungkinan akan catat lebih RM100 bilion pada tahun ini. Ini bermakna PETRONAS dengan selesanya mampu memberi dividen sebanyak RM80 bilion daripada jangkaan keuntungan besar sebanyak RM100 bilion kepada kerajaan.

“Ditambah dengan cukai petroleum dan eksais petroleum, jumlah hasil PETRONAS kepada kerajaan hampir pasti mencecah RM100 bilion bagi tahun ini, iaitu melebihi keperluan bagi menampung beban subsidi sebanyak RM80 bilion,” katanya.

Kini telah terbukti, cadangan dan ramalan Najib benar belaka.
Kerajaan tanggung sepenuhnya kos subsidi RM80b bahan api dengan menggunakan keuntungan Petronas yang luar biasa besar iaitu RM101.6 bilion.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker