Mayat remaja perempuan ditemui disyaki dibunuh

Mayat seorang remaja perempuan ditemui di kawasan semak dan berlumpur dipercayai dibunuh dalam kejadian di penempatan setinggan Kampung Forest dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10 pagi yang memaklumkan penemuan mayat seorang wanita di kawasan terbabit.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan yang diketuainya sendiri segera ke lokasi kejadian.



“Mayat mangsa ditemui dalam kawasan semak dan berlumpur manakala hasil pemeriksaan mendapati mangsa bukan warga tempatan dipercayai dibunuh.

“Pada jam 12.30 tengah hari di lokasi berhampiran, seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk tujuan bedas siasat.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.



“Orang ramai juga diminta tidak menularkan gambar mayat mangsa kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan polis,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker