Projek Ziarah Gereja oleh KBS, menteri kata tiada belia Islam terlibat

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan Projek Artikel 11 Jom Ziarah Gereja yang dikendalikan syarikat Impact Integrated Berhad tidak melibatkan belia Islam

Ahli Parlimen Segambut itu turut menyangkal program berkenaan adalah usaha untuk menjadikan semua agama setaraf sebagaimana dakwaan segelintir pihak.

“Projek Artikel 11 Jom Ziarah yang diusahakan oleh Impact di bawah KBS (Kementerian Belia dan Sukan) bukan untuk menyamaratakan kedudukan mana-mana agama, bukan juga projek yang berniat beri gambaran semua agama adalah sama sebagaimana dakwaan dan anggapan sesetengah pihak.

“Jom Ziarah adalah usaha untuk mengenali perbezaan agama yang ada dalam kalangan kita. Ia usaha kita melihat untuk membezakan dan supaya dengan cara itu masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa boleh hidup rukun damai, lebih harmoni dan lebih tolerasi.

“Pelaksanaan program melawat rumah ibadat bukan perkara baharu, Kementerian Perpaduan Negara juga pernah mengadakan lawatan rumah ibadat yang melibatkan pelbagai penganut melalui jawatankuasa mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara penganut agama yang kini dikenali sebagai jawatankuasa harmoni di bawah kementerian itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan belanjawan 2023 KBS peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam pada itu Hannah berkata, sebagai bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, beliau memahami Perlembagaan Malaysia mengenai kedudukan agama Islam.

Beliau turut menegaskan, penyebaran agama Kristian kepada penganut Islam adalah salah dari sudut perundangan.

“Sebagai mantan Speaker DUN Selangor dan pegang ADUN Subang Jaya selama 10 tahun, saya tahu dan memahami undang-undang yang melarang ‘evangelism’.

“Menfitnah saya menggunakan agensi di bawah KBS untuk tujuan tersebut adalah tuduhan melampau dan mahu menjadikan saya sebagai ‘punching beg’ bagi menutup dakwaan dan salah laku yang dihadapi pemimpin mereka. Saya bukan cakap pasal Pas, saya cakap pasal Bersatu (Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia) yang tuduh saya di luar sana.

“Saya juga ahli DAP, saya tahu dan memahami Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam agama bagi Persekutuan yang mengiktiraf Islam agama Persekutuan,” jelasnya.

Sementara itu Hannah turut memaklumkan, sebarang program melibatkan belia yang dianjurkan kementerian lain tidak akan dilaksanakan semula oleh KBS bagi mengelakkan perkara seperti itu berulang pada masa akan datang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker