Wanita berbogel di pokok Kayu Putih akan diusir keluar dari Bali

Seorang pesohor media sosial berdepan pengusiran dari Bali selepas dia menjadi wanita kedua dalam tempoh kurang setahun yang berbogel di sisi sebatang pokok berusia 700 tahun dan dianggap suci oleh masyarakat setempat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Aktivis dan ahli perniagaan tempatan, Ni Luh Djelantik berkongsi gambar menunjukkan wanita itu bergambar di sisi pokok Kayu Putih yang terletak di belakang sebuah kuil di Tabanan, kira-kira 23 kilometer di barat laut Denpasar pada Rabu lalu.

“Kepada semua warga asing yang tidak menghormati tanah kami, Bali adalah rumah kami, bukan milik anda! Adakah anda fikir anda akan kelihatan hebat dengan merakam gambar bogel di  pokok suci kami?

“Pulang ke negara anda jika anda tidak boleh menghormati tradisi dan budaya kami!” kata kapsyen pada gambar tersebut.

Bagaimanapun, wanita misteri itu dilaporkan telah ditangkap berikutan gambar bogel itu.

Skandal itu berlaku kurang setahun selepas pesohor yoga dari Russia, Alina Fazleeva dihantar pulang kerana bergambar dalam keadaan bogel di pokok suci itu.

Fazleeva berdepan reaksi hebat selepas berkongsi gambarnya di media sosial. Wanita itu kemudian menyiarkan video permohonan maaf memaparkan dia berdoa di pangkal pohon itu dengan berpakaian lengkap dan menyatakan kekesalannya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker