Dehidrasi dan apa yang anda perlu tahu

Dehidrasi dan apa yang anda perlu tahu

Tubuh kita terdiri daripada 70% air dan setiap hari kita kehilangan sebahagian daripada air itu melalui pembuangan air kecil, pergerakan usus, peluh, dan air mata. (Gambar Rawpixel)
Setiap hari, tanpa disedari kebanyakan daripada kita mengalami dehidrasi. Fikirkan mengenainya, sepanjang hari kerja ada masa anda mula berasa sangat mengantuk?

Jadi, kesan pertama dehidrasi adalah keletihan terutamanya semasa musim panas. Berikut beberapa bantuan untuk dehidrasi.



Apakah punca dehidrasi?

Ramai orang berfikir bahawa tidak meminum air yang secukupnya adalah sebab dehidrasi. Namun, minum air yang tidak mencukupi hanyalah sebahagian daripada punca seseorang boleh dehidrasi.

Tubuh kita terdiri daripada 70% air. Setiap hari kita sering kehilangan sebahagian daripada air itu melalui pembuangan air kecil, pergerakan usus, peluh, dan air mata.

Masalahnya muncul apabila tidak mengambil atau menggantikan air yang hilang, dan menyebabkan peratusan air menurun.



Ohio State University Wexner Medical Center mendedahkan bahawa apabila kehilangan air, kita juga kehilangan garam dan elektrolit dalam sistem yang diperlukan untuk tubuh kita.

Gabungan kehilangan garam dan air menyebabkan dehidrasi.

Bagaimana anda mengesan dehidrasi? Apakah tanda-tanda dan simptomnya?

Bagi dewasa, terdapat banyak simptom seperti:



Mulut kering atau dahaga
Urin gelap atau kurang kerap membuang air kecil (mungkin satu atau dua kali sehari)
Mengantuk
Sembelit
Air mata sedikit apabila menangis
Kulit kering
Sakit kepala
Pening
Kekejangan otot (terutamanya ketika bersenam)

Bagi kanak-kanak:

Kurang membuang air kecil atau lampin tidak basah selama 6-8 jam (kekurangan urin selama 12 jam pada kanak-kanak yang lebih berusia)
Air mata yang sedikit apabila menangis
Mata kelihatan tenggelam
Tempat yang lembut di kepala bayi (ubun-ubun) kelihatan tenggelam
Kurang aktif
Keletihan atau pening pada kanak-kanak yang lebih berusia
Apakah yang perlu dilakukan jika mengalami dehidrasi?

Rehydrate! Dehidrasi ringan boleh dirawat di rumah dengan minum lebih banyak air.



Minum air atau minuman sukan di mana minuman sukan boleh membekalkan elektrolit, garam yang hilang melalui peluh dan kehilangan air yang lain.

Menurut Institut Perubatan, lelaki disarankan untuk minum 13 gelas air sehari (kira-kira 3 liter) dan wanita harus minum kira-kira 9 gelas sehari (kira-kira 2.2 liter).

Ramai daripada kita telah mengetahui peraturan 8 × 8: minum lapan, 8 oz. gelas air sehari untuk kekal terhidrasi.

Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak disokong oleh bukti saintifik. Tetapi ia hampir dengan jumlah air yang dicadangkan yang perlu kita minum dan mudah untuk diingat.



Disebabkan itu ia kekal, tetapi kita harus minum lebih banyak air daripada 8 × 8.

Bilakah anda perlu mendapatkan perubatan untuk dehidrasi?

Dalam kes yang teruk, dapatkan rawatan perubatan untuk dehidrasi. Tanda-tanda dehidrasi teruk adalah seperti berikut:

Dahaga melampau
Kurang berpeluh apabila aktif
Mata tenggelam
Kulit merekah atau kering
Bernafas laju
Demam
Mulut, kulit, dan membran mukus (hidung, mulut, tekak, kelopak mata, telinga) terlampau kering
Tekanan darah rendah
Degupan jantung laju
Delirium atau tidak sedarkan diri (dalam kes yang teruk)
Walau bagaimanapun, dehidrasi mudah mendorong kepada masalah besar seperti perubahan mood, gangguan ingatan, sakit kepala, dan sembelit. Berhati-hati dengan perubahan ini juga.



Bagaimana mengelakkan daripada zon risiko dehidrasi di peringkat awal?

Sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi, minum segelas air.

Gelas seterusnya adalah sebelum setiap hidangan.

Sediakan juga sebotol air di meja kerja (atau di dalam beg). Ini akan membantu anda terhidrasi. FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Merenung sejarah ‘pendek’ No Anwar, No DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker