Dr Akmal dahului saingan Ketua Pemuda UMNO

Dr Akmal dahului saingan Ketua Pemuda UMNO

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, mendahului tiga pencabar dalam saingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti yang berlangsung hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Muhamad Akmal mendahului dengan undi dari 32 bahagian UMNO berdasarkan keputusan diterima setakat jam 2.30 petang tadi.



Sumber UMNO memaklumkan, bahagian yang memberikan undi kepada Muhammad Akmal termasuk Permatang Pauh, Bangi, Kota Melaka, Penampang, Bukit Mertajam, Beruas, Sri Gading, Labuan, Bakri, Kulim Bandar Baharu, Bukit Bendera, Parit Sulong, Putatan, Pasir Puteh, Sungai Besar, Batu Gajah, Sik dan Jelebu.

Turut memberikan undi adalah UMNO Bahagian Muar, Teluk Intan, Beluran, Kangar, Kulai, Merbok, Pokok Sena, Kota Bharu, Kuala Krai, Segambut, Seputeh, Bachok, Jelebu dan Gerik.

Sementara itu, sumber sama memaklumkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah merangkap Ahli Parlimen Paya Besar pula setakat ini hanya memperoleh sokongan daripada satu bahagian iaitu Batu Kawan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah juga mendapat sokongan dari satu bahagian setakat ini iaitu Tawau.



Seorang lagi calon iaitu Meor Hassan Mat Ali, belum mendapat sebarang undi.

Hari ini, perwakilan tiga sayap UMNO di 189 bahagian akan memilih pemimpin masing-masing dengan empat calon bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas penyandang Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu.

Selain itu, tujuh calon menawarkan diri untuk bertanding jawatan Pengerusi Tetap, 12 calon untuk Timbalan Pengerusi Tetap, empat untuk Naib Ketua dan bagi 113 jawatan Exco. BH

Dr Akmal dahului saingan Ketua Pemuda UMNO



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker