Raba, peluk pekerja salon, lelaki diburu

Raba, peluk pekerja salon, lelaki diburu

BAGAN DATUK – Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di hadapan sebuah premis rawatan kecantikan di Hutan Melintang, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian pada 1.30 petang, 13 Januari lalu itu membabitkan mangsa warga tempatan berusia 22 tahun.

Katanya, mangsa yang merupakan pekerja di premis berkenaan mendakwa telah dipeluk dan diraba dari belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali.

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuka pintu premis. Suspek telah meramas dada dan punggung mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri.

“Hasil siasatan polis di lokasi kejadian berjaya mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatan dan wajah suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha dijalankan bagi mengesan suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Shahzawani di talian 05-6299222,” katanya. K Online

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker