Azalina wakili Malaysia ke Eropah urus tuntutan kumpulan Sulu

Azalina wakili Malaysia ke Eropah urus tuntutan kumpulan Sulu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said akan menjadi wakil kerajaan ke Eropah, termasuk Perancis, bagi mengendalikan kes tuntutan kumpulan Sulu membabitkan beberapa aset milik Malaysia.

Menteri Luar, Zambry Abd Kadir berkata, beliau mungkin turut serta dalam pengendalian kes itu bersama Azalina dalam masa terdekat.



Katanya, ia antara langkah ke hadapan Malaysia, susulan kumpulan yang mendakwa waris kesultanan Sulu itu dilihat mengambil kesempatan menggunakan kepakaran mereka dalam melaksanakan tuntutan seolah-olah “forum shopping”, iaitu dari satu mahkamah ke mahkamah lain.

“Umpamanya, bermula di Mahkamah Sepanyol, mereka kalah kemudian pergi ke negara lain seperti Perancis, kemudian ke Luxembourg dan selepas itu ke mana-mana negara yang mereka rasakan ada kemungkinan dan kebarangkalian untuk mereka dapat kemenangan dalam kes ini (tuntutan Sulu).

“Kes terbaharu, mereka mendapat bailif di Perancis…tanpa memeriksa kesahihan tindakan itu sehingga ke satu peringkat, pergi memeriksa harta benda Kedutaan Malaysia, termasuk bangunan dan rumah kita,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bagi peringkat dasar di Dewan Rakyat.

Zambry berkata, kerajaan menghantar nota bantahan berkaitan perkara itu kepada Kedutaan Perancis di Malaysia untuk menyatakan mereka tidak boleh berbuat demikian kerana semua kawasan kedutaan tertakluk kepada Konvensyen Vienna.



“… Akhirnya, mereka tahu akan kesilapan mereka dan mereka keluar.”

Selasa lalu, media asing melaporkan bailif Perancis cuba menguatkuasakan perintah rampasan ke atas tiga hartanah milik kerajaan Malaysia di Paris, susulan permohonan kumpulan itu berkaitan penganugerahan pampasan berjumlah USD15 bilion (RM66 bilion) yang mereka perolehi terhadap Malaysia.

Mengenai kesahihan Perjanjian 1878, Zambry berkata, Sekretariat Khas Sulu yang diketuai Azalina sedang menyiasat perkara itu dengan mengunjungi arkib serta kawasan berkaitan seperti London, Filipina dan Malaysia.

“Soalnya sekarang yang penting sekali ialah mereka yang menyebut diri sebagai ‘penuntut’, adakah benar-benar penuntut atau tidak, atau mereka benar-benar waris? Ini yang kita perbahaskan dan telah membuat proses perundangan untuk mencabar kesahihan itu.”



Pihak yang menuntut itu, sebelum ini dilapor memfailkan tindakan undang-undang melalui Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Mereka membawa perkara itu untuk timbang tara di Sepanyol pada 2019 dan penimbang tara Gonzalo Stampa dilantik kumpulan itu membuat keputusan memihak kepada pihak yang menuntut.

Keputusan itu kemudian digunakan untuk merampas aset Petronas di Luxembourg.

Malaysia menggunakan semua remedi undang-undang bagi membatalkan dua anugerah yang diberikan Stampa kepada pihak yang menuntut. FMT



Azalina wakili Malaysia ke Eropah urus tuntutan kumpulan Sulu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu



Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker