Anwar tempelak MP PN salah guna ayat al-Quran kaitkan dengan bajet

Anwar tempelak MP PN salah guna ayat al-Quran kaitkan dengan bajet

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menempelak ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kerana memetik ayat al-Quran untuk memperlekehkan inisiatif kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan tegar.

Anwar yang juga menteri kewangan, menegaskan pembentangan semula Belanjawan 2023 adalah lebih inklusif berbanding tiga belanjawan sebelum ini semasa PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat.

“Beberapa YB termasuk Hulu Terenggannu, Kapar guna ayat Quran tunjuk kita tak adil dan zalim. Saya nak sambung ayat yang dibacakan tadi.

“Bagaimana boleh kita gunakan ayat Quran ini suruh kerja kebajikan dan kita lupa tanggungjawab kebajikan kita dan kaitkan dengan bajet Madani.

“Ini yang dinamakan tunggang agama, gunakan ayat Quran untuk hina orang,” katanya.

Anwar berkata demikian selepas Mumtaz Md Nawi (Perikatan Nasional – Tumpat) mengatakan peruntukan untuk Kelantan adalah rendah walaupun ia antara negeri termiskin.

“Di mana celanya langkah kita ambil. Kita cuba sedaya upaya untuk bantu tanpa kira negeri.

“Bayangkan apa berlaku tiga tahun mereka perintah bersama, tiga tahun bajet berbanding bajet yang saya bentangkan, jauh lebih baik tahun ni dari tahun sebelumnya termasuk pada Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

“Jadi untuk hukum cerca kita, kata kita zalim tak tepat dan guna ayat Quran yang salah matlamat dan tujuannya,” ujarnya. Mk

Anwar tempelak MP PN salah guna ayat al-Quran kaitkan dengan bajet

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker