Uqasha Senrose pernah gugur dua kali

KUALA LUMPUR – Masih belum ada rezeki, pelakon popular, Uqasha Senrose mengesahkan sudah dua kali mengalami keguguran pada tahun lalu.

Menurut Uqasha, 31, kali pertama dia mengalami keguguran ialah ketika menunaikan umrah pada awal 2022, manakala kali kedua pula sekitar November tahun sama.

“Keguguran yang pertama ialah ketika saya tunaikan umrah awal tahun lalu.



“Pada waktu itu, saya sedang datang bulan yang sudah berlanjutan selama sebulan dan darah keluar dengan sangat banyak tetapi saya diamkan sahaja tanpa melakukan sebarang pemeriksaan doktor,” katanya kepada Kosmo! Online pada Majlis Tayangan Program Ramadan Astro 2023, di sini hari ini.

Berkongsi mengenai keguguran kedua, isteri kepada aktor Kamal Adli berkenaan memberitahu usia kandungannya ketika itu dua bulan.

“Kemudian saya datang bulan sekali lagi pada November lalu dan dalam tempoh yang lama serta rasa sakit pinggang teruk. Mungkin sudah terkumpul (darah) sejak saya tunaikan umrah.

“Pelik sebab saya tak pernah senggugut dan sakit sangat. Seterusnya saya lakukan pemeriksaan di hospital.



“Doktor minta buat ujian kehamilan dan keputusannya adalah hamil cuma kandungan ketika itu memang sudah tiada. Usia kandungan saya ketika itu dua bulan,” katanya lagi.

Sementara itu, dia juga perlu menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah beku kerana dikhuatiri akan memberi kesan untuk kehamilan seterusnya.

Ditanya mengenai perancangan hamil selepas ini, bintang drama Setelah Terlafaznya Akad itu perlu menangguhkan hasrat tersebut kerana kekangan jadual kerja sehingga Ogos depan.

“Siapa yang tak nak cahaya mata sendiri tetapi saya tangguh dulu kerana jadual kerja sangat padat.



“Cuma sekarang ini rasa lega sebab akhirnya tahu yang saya boleh mengandung. Buat masa ini mungkin belum ada lagi rezeki saya dan Kamal,” ujarnya.

Sekadar info, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. – KOSMO! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu



Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker