Muhyiddin tak perlu letak jawatan – Bersatu
Bersatu menganggap ia tuduhan politik bukan jenayah.
Muhyiddin tak perlu letak jawatan – Bersatu
Muhyiddin Yassin tidak perlu meletakkan jawatan presiden Bersatu, walaupun dijangka didakwa di mahkamah esok, kata ketua penerangan parti itu, Razali Idris.
Beliau percaya pimpinan Bersatu tidak akan bersetuju jika Muhyiddin ingin meletak jawatan.
“Tak munasabah untuk beliau letak jawatan. Kalau beliau nak letak jawatan pun kita tak setuju. Ini tuduhan politik,” katanya kepada FMT.
Muhyiddin yang ketika ini berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dijangka didakwa esok, lapor Berita Harian memetik Ketua Pesuruhjaya Azam Baki.
Kehadiran beliau di SPRM dipercayai berkaitan siasatan badan anti-rasuah itu berhubung program Jana Wibawa. Razali, yang baharu dilantik menggantikan Wan Saiful Wan Jan, menjangkakan Muhyiddin akan ditahan.
Wan Saiful dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta, membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu. Pendakwaan itu menyusuli pembekuan akaun milik Bersatu, untuk membantu siasatan ke atas wang disyaki daripada hasil haram.
Razali menjelaskan tuduhan berkenaan membabitkan akaun parti, maka bukan Muhyiddin seorang yang bertanggungjawab.
“Kalau fikir nak letak jawatan, habis semua lah kena letak jawatan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman berkata tiada masalah sekiranya Muhyiddin terus menggalas jawatan presiden.
“Selagi belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah,” katanya. FMT
Muhyiddin tak perlu letak jawatan – Bersatu
Baca Artikel Menarik:
- Tun atau Tan Sri tak terlepas siasatan – Anwar
- Farid Kamil perli siapa tu?
- MP PAS minta maaf pada Baby Shima
- Najib lanjut pengajian pasca siswazah
- Yazmin Aziz yakin hubungan kali ini tahan lama
- Musa Hassan bagi tips buat para isteri
- Tiket konsert Hael Husaini tak laku?
- Sultan Johor kini pemegang saham kedua terbesar dalam Melaka Gateway
- Apa dah jadi dengan UMNO? – Hishammuddin
- Kenal di WeChat, terus buat ‘projek’
- Dipukul setengah mati, saya maafkan, curi wang, saya tiada kuasa maafkan – Anwar
- Malu betul Presiden dan timbalan kekal berkuasa kerana ehsan menteri PKR – Khairy
- Tayar treler terpelanting bunuh peniaga air di Setiu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]
Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis
You must be logged in to post a comment.