Kuasa besar wajib bertanggungjawab henti pertempuran di Palestin, titah Agong

Kuasa besar wajib bertanggungjawab henti pertempuran di Palestin, titah Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan pandangan bahawa masyarakat antarabangsa dan kuasa besar dunia wajib memikul tanggungjawab menghentikan pertempuran di bumi Palestin serta-merta.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Zahari Mohd Ariffin, berkata langkah itu bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan pertumpahan darah yang lebih teruk di negara berkenaan.



“Seri Paduka menzahirkan rasa dukacita dan gusar dengan konflik terkini di bumi Palestin yang telah mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan.

Zahari berkata, Sultan Abdullah turut menzahirkan sokongan kepada ketetapan Malaysia yang menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan segera agar semua pihak menghentikan keganasan, sekali gus menghormati dan melindungi nyawa orang awam.

“Seri Paduka turut menyeru negara-negara Islam terutama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersatu-padu membantu menangani kesengsaraan dan masalah dihadapi Palestin.

“Ini adalah kerana penafian hak asasi rakyat Palestin, terutama pembentukan sebuah negara merdeka dan berdaulat dan penindasan berterusan adalah punca utama ketegangan Israel-Palestin berterusan.



“Selain itu, ia juga telah diakui bahawa rakyat Palestin berterusan diselubungi pendudukan haram, sekatan dan penderitaan serta pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa sejak sekian lama,” katanya.

Zahari berkata, Seri Paduka bertitah Malaysia dan rakyatnya sentiasa bersolidariti bersama Palestin dan menyeru seluruh rakyat supaya terus memperjuangkan prinsip keadilan, sikap hormat menghormati, di samping menentang sebarang bentuk keganasan dan kezaliman sesama manusia.

Beliau berkata, Sultan Abdullah turut menyeru seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama baginda berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing agar pergolakan dan keganasan terbaharu itu dapat dihentikan segera

Katanya, Seri Paduka juga mendoakan supaya rakyat Palestin dilindungi dan tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Israel.



Katanya, Sultan Abdullah turut menyeru masjid dan surau di negara ini serta rakyat yang beragama Islam di kediaman sendiri untuk mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin. FMT

Kuasa besar wajib bertanggungjawab henti pertempuran di Palestin, titah Agong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker