Pegawai kanan polis bersara pukul isteri kedua?

Pegawai kanan polis bersara pukul isteri kedua?

Isteri kedua kepada bekas pegawai kanan tertinggi polis membuat laporan mendakwa dipukul suaminya di kediaman mereka, di sini, semalam.

Wanita itu membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.



Difahamkan kejadian itu berlaku selepas tercetus pergaduhan antara suami isteri berkenaan yang dipercayai berpunca daripada isu harta serta nafkah.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu mendakwa dipukul suaminya di bahagian kepala dan belakang leher.

Sementara itu, bekas pegawai polis berusia lingkungan 70-an terbabit turut membuat laporan menerusi peguamnya di balai polis sama kira-kira jam 3 petang tadi.

Bekas pegawai kanan tertinggi polis berkenaan pula membuat laporan menyatakan beliau dipukul menggunakan helmet dalam kejadian itu.



Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. BH

Pegawai kanan polis bersara pukul isteri kedua?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi



Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker