Buaya makan buaya akibat lapar dikandang sendiri mengejutkan

Penduduk kampung risau buaya-buaya yang terlepas akan mencederakan mereka. – ViralPress

Penduduk sebuah kampung di Thailand gempar apabila beratus-ratus buaya yang kelaparan didapati makan sesama sendiri di sebuah ladang ternakan yang terbiar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kira-kira 190 ekor buaya dikurung di dalam kandang berhampiran sebuah kampung di wilayah Songkhla, selatan Thailand di mana pemiliknya menternak buaya untuk menghasilkan produk barangan kulit.

Buaya-buaya itu bagaimanapun terabai selepas pemilik ladang meninggal dunia tahun lalu.

Menurut penduduk, beberapa ekor buaya keluar dari kandang semasa musim hujan dan masuk ke kampung, menyebabkan penduduk ketakutan.

Beberapa ekor buaya mati kelaparan dan sebilangan lagi  mula menyerang dan makan antara satu sama lain.

Menerusi klip video yang dirakam pegawai pejabat perikanan wilayah, buaya yang tidak berjaya melepaskan diri dari kandang mati dengan bangkai mereput terbiar di kolam yang keruh.

Ketika melakukan pemeriksaan pada 27 Februari lalu, pegawai undang-undang Pejabat Perikanan Wilayah Songkhla, Phirat Tangsukcharoenkun mendapati kandang itu dipenuhi  rumput tinggi dan pokok anggur yang menjadi semak.

Phirat berkata, daripada anggaran 190 ekor buaya, jumlahnya berkurangan kepada sekitar 100 ekor.

Phirat menambah bahawa sebuah syarikat swasta di Chonburi telah mengupah pemilik ladang itu untuk menternak buaya sehingga berusia dua tahun sebelum kulit haiwan itu disiat. Akan tetapi, pemilik itu telah meninggal dunia.

Setiausaha Majlis Pertubuhan Pentadbiran Daerah Wat Khanun, Amorn Putkong berkata, pihaknya telah menghubungi syarikat swasta berkenaan untuk menjaga buaya-buaya  berkenaan. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker