Zalim tak bila kerajaan PN tak beri peruntukan? Mari bincang – Anwar
Anwar Ibrahim berkata projek di kampung-kampung masih berjalan manakala bantuan untuk rakyat diberi terus kepada yang memerlukan.
Zalim tak bila kerajaan PN tak beri peruntukan? Mari bincang – Anwar
Anwar menyeru Perikatan Nasional berbincang dengan pemerintah berhubung isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, sambil menolak anggapan bahawa projek kerajaan dan bantuan untuk rakyat tergendala.
Beliau menyanggah tuduhan bahawa pentadbirannya berlaku zalim, sedangkan projek di kampung-kampung masih berjalan manakala bantuan untuk rakyat diberi terus kepada yang memerlukan selepas diselaras dengan kerajaan negeri.
Sebaliknya, Anwar mahu PN merenung kembali pemberian kepada wakil-wakil rakyat pembangkang di negeri yang ditadbir gabungan itu.
“Kalau dia kata zalim (bila) orang tak beri (kepada wakil rakyat pembangkang), dia tak beri di negeri-negeri dia kategori macam mana?” katanya kepada pemberita, seusai suatu majlis di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
“Jadi kita kata bincang dulu. Tiada masalah (nak bincang) dan bukan tak bagi (projek dan bantuan).”
Anwar menambah meskipun peruntukan tidak diberi kepada Ahli Parlimen, bantuan untuk rakyat tetap disampaikan dan projek di kawasan mereka diteruskan.
Sebelum ini, beberapa wakil rakyat PN mengkritik Belanjawan 2023 baharu kerana didakwa tidak menyediakan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menepis kritikan PN, mengingatkan bahawa hanya pentadbiran Ismail Sabri Yaakob memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang, selepas pemerintah dan PH memeterai perjanjian persefahaman untuk memupuk kestabilan.
Sementara itu, Anwar turut mengulas cadangan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin supaya bantuan bencana banjir kepada Johor ditambah, daripada RM50 juta kepada RM100 juta.
“Kita beri (RM50 juta) dahulu, lagipun tak ada komisyen, jadi terus kepada mangsa,” katanya, dan menambah bantuan sudah hampir cecah RM1 bilion termasuk tebatan banjir.
Terdahulu, Muhyiddin di Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan memberikan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen bagi membolehkan mereka menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing. FMT
Zalim tak bila kerajaan PN tak beri peruntukan? Mari bincang – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Janna Nick, Nazim Othman bercinta
- Zabidi lawan Mentega Terbang
- Lans koperal tembak isteri direman 7 hari
- Keane gesa pemain Man United menyorok dalam gua
- Amaran Hadi permulaan langkah jatuhkan kerajaan
- 2 warga emas cabul budak perempuan ditahan polis
- Keputusan JPPM tamparan hebat golongan mahu jatuhkan Zahid, Tok Mat
- Sabitan bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB diragui – Johari
- Warga emas tabah pakai maskot cari rezeki
- Cikgu wanita buat ‘projek’ dengan skandal dicekup suami
- Penuntut PhD ditemui maut selepas hilang selama 6 hari
- Mentega Terbang: Kenapa tak ambil tindakan tahun lepas, soal Fahmi
- Gerai pacak disita PBT, penjaja mengamuk naik hantu [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000
You must be logged in to post a comment.