Raih keuntungan besar, bank diarah laksanakan CSR bantu rakyat

Raih keuntungan besar, bank diarah laksanakan CSR bantu rakyat

Kerajaan dijangka mengumumkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bakal dilaksanakan institusi perbankan di negara ini bagi membantu rakyat, terutama golongan B40.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, sudah mengarahkan institusi perbankan untuk melaksanakan CSR, susulan keuntungan besar yang diperoleh mereka, terutama sejak berlaku pandemik COVID-19.

“Berkemungkinan apabila Menteri Kewangan menggulung (perbahasan) belanjawan ini (Belanjawan 2023) bagi perkara dasar (nanti), beliau akan mengumumkan apa yang akan dilakukan bank yang mendapat keuntungan besar itu, untuk membuat CSR kepada rakyat,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Semporna) sama ada kerajaan akan melaksanakan pendekatan mengenakan cukai terhadap institusi kewangan, berikutan keuntungan besar yang diperoleh mereka sejak negara berdepan pandemik COVID-19, termasuk melalui kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan pengecilan operasi.

Sementara itu menjawab soalan asal Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) sama ada kerajaan melaksanakan kajian mengenai kesan kenaikan OPR terhadap golongan B40 yang terhimpit pula, Ahmad menjelaskan bahawa proses membuat keputusan dasar monetari oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Bank Negara Malaysia (BNM), dilakukan secara komprehensif serta membabitkan perbincangan teknikal.

“Dalam hal ini, MPC juga meneliti maklum balas daripada hasil pengawasan dan pemantauan, analisis serta kajian terhadap ekonomi global dan domestik, mengenai harga serta keadaan monetari dan kewangan secara menyeluruh, termasuk impak kenaikan OPR kepada peminjam,” katanya.

Ahmad juga memaklumkan, sebanyak 50.3 peratus atau 6.4 juta daripada jumlah akaun pinjaman sektor isi rumah terdiri daripada pinjaman berkadar tetap, tidak terjejas dengan kenaikan OPR.

Beliau berkata, peminjam berpendapatan rendah kurang RM5,000 sebulan, termasuk golongan B40 yang dianggarkan sebanyak 54.8 peratus atau 3.5 juta akaun, terdiri daripada pinjaman berasaskan kadar tetap.

“Kerajaan memahami keresahan rakyat untuk melunaskan ansuran bulanan yang semakin meningkat berikutan kenaikan OPR dan kesan terhadap peminjam, terutama golongan B40.

“Bagaimanapun, bukan semua peminjam terkesan dengan peningkatan OPR. Ini kerana peningkatan ansuran bulanan hanya membabitkan peminjam yang mempunyai pinjaman jenis berkadar terapung,” katanya. BH

Raih keuntungan besar, bank diarah laksanakan CSR bantu rakyat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker