Doktor Ini Jawab Tular Di TikTok Konon Air Coke Mampu Legakan Batuk! Boleh Ke? [VIDEO]

Doktor Ini Jawab Tular Di TikTok Konon Air Coke Mampu Legakan Batuk! Boleh Ke? [VIDEO]

KETIKA cuaca agak tidak menentu kebelakangan ini, ramai yang mudah mendapat batuk.

Masalah ini sememangnya akan berterusan sehingga berhari-hari lamanya sekiranya tidak dirawat.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok di mana beberapa pelayar media sosial berkongsi ‘penawar rahsia’ yang kononnya dapat mengubati batuk, iaitu air Coca Cola atau Coke.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, beberapa indiviu mendakwa air berkarbonat tersebut ‘mujarab’ untuk mengubati batuk.

 

Dr Muhamad Hazwan mengulas mengenai kaitan batuk dengan air Coke.

Namun sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut? Video berkenaan mendapat perhatian seorang pengamal perubatan, Dr Muhamad Hazwan Nazri yang tampil mengulas lebih lanjut dari segi perubatan mengenai masalah batuk.

“Betul ke minum Coke bagus untuk batuk? Kalaulah Coke ni bagus untuk batuk, aku rasa Cristiano Ronaldo pun tak tolak lepas ini.

“Ramai yang tag aku dan tanya, betul ke Coke ini bagus untuk batuk?” kongsinya dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok.

Mengulas panjang lebar, Dr Muhamad Hazwan terdahulu menerangkan beberapa punca mengapa batuk boleh terjadi.

“Batuk ini adalah salah satu refleks spontan yang tak boleh dikawal. Walaupun ia refleks spontan, ia mesti ada sebab.

“Salah satu sebabnya, salur pernafasan kita dijangkiti virus. Kedua, apabila dijangkiti virus, tisu dan otot di saluran pernafasan akan bengkak dan ini juga boleh menyebabkan batuk.

Individu merokok juga cenderung mendapat masalah batuk.

“Tonsil bengkak pun boleh menyebabkan batuk. Banyak kahak di belakang anak tekak juga punca terjadinya batuk. Orang yang ada asma, kuat merokok, paru-paru rosak juga boleh menyebabkan batuk,” kongsinya.

VIDEO DIBAWAH:-

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kaitan Coke sebagai penyelesaian kepada masalah batuk, Dr Muhamad Hazwan berkata sehingga kini belum ada kajian saintifik membuktikan minuman tersebut mampu melegakan batuk

“Macam mana minum Coke boleh menyelesaikan masalah batuk daripada punca-punca tadi? Fikir logik.

“Aku belum jumpa lagi kajian saintifik mengenai Coke dengan batuk. Dan aku rasa, saintis pun fikir benda ini buang masa kalau spend berbilion wang bagi mengetahui kebaikan Coke untuk batuk.

“Kalau betul sekalipun Coke dapat kurangkan batuk dan gatal tekak, itu mungkin kamu cuma ada Faringitis iaitu anak tekak merah dan bengkak sedikit.

“Jadi bila anda minum benda yang sejuk, ia dapat redakan keradangan dan kemerahan, serta kurangkan batuk sikit. Tak ada kaitan dengan Coke,” ujarnya lagi.

Doktor Ini Jawab Tular Di TikTok Konon Air Coke Mampu Legakan Batuk! Boleh Ke? [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker