Polis cari waris kanak-kanak lelaki

Polis cari waris kanak-kanak lelaki

Gombak: Polis sedang mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki yang dibawa ke Balai Polis Selayang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, seorang kanak-kanak lelaki diserahkan orang awam ke Balai Polis Selayang.



Menurutnya, laporan penemuan kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga hingga empat tahun itu dibuat jam 2.24 petang kelmarin.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesahkan menerima laporan yang dibuat seorang lelaki berkaitan kanak-kanak dengan anggaran tinggi 60 sentimeter dan berkulit gelap yang dibawa pulang ke rumah oleh abang pengadu.

“Pengadu tidak mengenali kanak-kanak terbabit dan tidak mengetahui dari mana abang pengadu menjumpai kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Katanya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak untuk tindakan lanjut.



Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak ini boleh berhubung dengan Sarjan Rafidah Abdul Aziz, di talian 019-3509963 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222. HM

Polis cari waris kanak-kanak lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker