Pesawat terapung, lapangan terbang ditenggelami banjir

Pesawat terapung, lapangan terbang ditenggelami banjir

MAJORCA, SEPANYOL – Semua penerbangan di lapangan terbang utama Majorca, Sepanyol terpaksa dibatalkan selepas banjir besar melanda fasiliti itu sehingga menenggelamkan landasan, Sepanyol lapor akhbar Daily Star.

Banjir besar menjejaskan Lapangan Terbang Palma de Mallorca sehingga menyebabkan operasi terhenti.



Air hujan jatuh dari siling terminal ketika penumpang cuba berlindung dari bumbung yang bocor.

Pengendali lapangan terbang tersebut menerusi kenyataan di laman web memaklumkan kepada semua penumpang agar memeriksa pengumuman syarikat penerbangan terlebih dahulu sebelum pergi ke lapangan terbang.

“Lapangan terbang terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu kerana cuaca buruk dan telah mengaktifkan pelan kecemasan untuk banjir,” katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap berkata, hujan turun dengan begitu lebat dalam masa sejam sehingga menyebabkan banjir berlaku di seluruh kawasan lapangan terbang tersebut.



Jabatan Meteorologi Sepanyol (AEMET) meramalkan lebih banyak hujan turun di seluruh Sepanyol hari ini. K Online

Pesawat terapung, lapangan terbang ditenggelami banjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker