Elak sarapan cakoi, teh ais, nasihat pegawai kesihatan

 

BANGKOK: Jabatan Kesihatan Thailand meminta masyarakat mengelak mengambil cakoi atau Pa Thong Ko dengan teh ais Thai ketika sarapan kerana makanan itu membekalkan terlalu banyak tenaga sekali gus menjejaskan kesihatan.

Nasihat itu diberikan selepas dua makanan kegemaran tempatan itu mencapai kedudukan 10 teratas di TasteAtlas, panduan pelancongan dalam talian yang memfokuskan makanan dan memaparkan ulasan serta cadangan daripada golongan profesional dan pengkritik masakan di seluruh dunia.



Bulan lalu, Pa Thong Ko menduduki tempat kelima dalam senarai 10 makanan jalanan yang dinilai terbaik di dunia di TasteAtlas, manakala teh ais Thai ialah minuman bukan alkohol yang ketujuh dengan penarafan terbaik.

Memetik laporan CNA, Pa Thong Ko, kudapan rangup yang digoreng adalah hidangan sarapan biasa di Thailand dan biasanya dimakan bersama susu pekat manis dan kopi.

“Untuk sarapan pagi yang sihat, dinasihatkan untuk mengelakkan makanan segera yang memberikan terlalu banyak tenaga atau perlu digoreng berulang kali seperti Pa Thong Ko dengan susu pekat manis dan teh ais Thai,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Dr Suwanchai Wattanayingcharoenchai dalam satu kenyataan semalam.

Pa Thong Ko ialah versi Thai untuk donut Cina yang dipanggil Youtiao. Berdasarkan data Biro Pemakanan, 100 gram (g) Pa Thong Ko menghasilkan 441kcal dan mengandungi 40.56g karbohidrat serta 27.79g lemak.



Dua Pa Thong Ko bersaiz sederhana mempunyai berat kira-kira 30g, menghasilkan kira-kira 132kcal tenaga, dan mengandungi 12g karbohidrat dan 8g lemak.

“Pa Thong Ko ialah makanan ringan mengandungi karbohidrat dan lemak tepu, serta membekalkan tenaga yang tinggi. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menambah tenaga. Walau bagaimanapun, makanan itu juga mengandungi paras natrium yang tinggi daripada baking soda atau garam. Jadi, ia tidak sesuai untuk orang yang mempunyai tiroid yang terlalu aktif dan tekanan darah tinggi,” kata Dr Suwanchai.

Beliau juga menjelaskan Pa Thong Ko biasanya digoreng dalam minyak masak kitar semula, yang boleh menyebabkan kanser, dan menasihatkan pengguna supaya tidak makan lebih daripada dua doh goreng setiap hari.

Teh ais Thai juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Menurut Dr Suwanchai, 200 militer (ml) teh ais Thai mengandungi 69g karbohidrat, 15g lemak dan 53g gula, – kira-kira 13 sudu teh dan boleh menghasilkan 430kcal.



Setiap hari, katanya, badan tidak boleh mengambil lebih daripada enam sudu teh gula. Pengambilan teh ais Thai yang kerap boleh menyebabkan diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, obesiti dan penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular.

“Paling penting, jangan lupa bersenam untuk membakar tenaga bersama dengan diet anda,” katanya. – AGENSI

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri



Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker