Ka Siong tak gentar dengan tuntutan saman pengimport telur
Firma guaman menuntut Ahli Parlimen Ayer Hitam membetulkan ‘salah tanggap dan kekeliruan’ dalam tempoh 72 jam.
Ka Siong tak gentar dengan tuntutan saman pengimport telur
Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong tidak gentar selepas menerima surat tuntutan kedua daripada peguam mewakili pengimport telur, yang menyatakan perniagaan anak guamnya terjejas secara tidak langsung kerana kenyataan presiden MCA itu.
“Saya tidak gentar dan tetap mempertahankan kenyataan yang telah saya buat di Dewan Rakyat. Saya serahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya di Facebook.
“Tiada siapa yang dapat menghalang saya untuk bersuara demi kepentingan rakyat jelata.”
Dalam surat tuntutan kedua dikeluarkan semalam, peguam S Ravichandaran, berkata dakwaan Wee menyatakan telur dari India mengambil masa tiga ke empat minggu sampai ke Pelabuhan Klang, dan sekali gus “tidak lagi segar untuk dimakan”, menimbulkan “kekeliruan dan keraguan dalam kalangan pengguna mengenai kualiti telur, secara tidak langsung menjejaskan perniagaan anak guamnya”.
Ravichandaran berkata, firmanya mewakili J&E Advance Tech Sdn Bhd, yang menjadi “pengimport tunggal telur dari India”.
Beliau berkata, pendirian “berulang kali” Wee bahawa telur diimport dijual pada harga 50 sen sebiji dianggap “usaha membentuk salah tanggap dan kekeliruan”, sambil menambah harga ditetapkan maksimum adalah 44 sen.
“Kesan nyata daripada kenyataan anda dalam fikiran ahli masyarakat waras adalah mengelak sepenuhnya membeli telur import, sekali gus mengakibatkan kerugian kewangan,” katanya.
Katanya, melainkan Wee mengeluarkan “kenyataan pembetulan berkaitan” di Parlimen dan platform media sosial dalam tempoh 72 jam, firmanya akan mengambil “arahan ketat melakukan perkara perlu dalam keadaan tidak perlu lagi merujuk kepada anda”.
Dalam surat tuntutan pertama kepada Wee bertarikh 23 Feb, Ravichandaran berkata, anak guamnya berdepan kerugian dan reputasi tercalar kesan “kenyataan tidak wajar” Wee.
Wee, yang kerap membangkitkan isu bekalan telur di negara ini, pada minggu lalu membawa telur import dari India, dan telur keluaran tempatan, serta telur omega bagi tujuan perbandingan saiz dan harga, di Dewan Rakyat.
Dalam hantaran di Facebook pada 15 Feb, beliau berkata telur tempatan dijual pada harga 41 sen, telur dari India pula dijual pada harga 50 sen sebiji.
“Jika penternak tempatan dibenarkan menjual telur pada harga 50 sen satu, saya percaya ramai daripada mereka lebih terdorong untuk mengeluarkan telur,” katanya.
Dalam hantaran Facebook pada 9 Jan, Wee berkata telur import dari India mengambil masa “tiga ke empat minggu” untuk sampai ke negara ini jika dibawa masuk menggunakan kapal.
“Segarkah telur India berbanding telur tempatan?” soalnya. FMT
Ka Siong tak gentar dengan tuntutan saman pengimport telur
Baca Artikel Menarik:
- Bendahari Agung Bersatu direman SPRM
- Duit datang dari mana?, Mahathir soal Anwar
- Fasha Sandha kena belasah?
- Mukhriz jilat ludah sendiri bila memohon menyertai PN
- Ketua Pemuda UMNO kena bawah 40 tahun – Dr Akmal
- Tengku Zafrul kini Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
- SPRM tahan Profesor atas dakwaan penyelewengan
- Bekas kekasih dapat suami botak buat lelaki puas hati
- Lelaki tepuk punggung lembu jatuh terbelit tali
- Rumah teres jadi ‘port’ bangunkan laman sesawang, judi dalam talian diserbu
- Banjir Johor: TMJ dan Raja Muda turun santuni rakyat
- Banjir Johor: 42 kampung dan taman perumahan di Kluang tenggelam [VIDEO]
- Wanita muda akui bahagia kahwini lelaki tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah
Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam